Episod 5 ~ Khabar darinya...

Perjumpaan Aisyah dengan sahabat-sahabat lamanya, cukup membahagiakan di saat dia sendiri begitu merindukan mereka. Berjaya juga mereka mengadakan kejutan ini buat Aisyah. Aisyah merasakan dirinya sungguh bertuah kerana mempunyai teman-teman seperjuangan yang senantiasa mengingatinya dan sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menziarahinya. Inilah nama ukhuwwah kerana Allah. Pengorbanan. Inilah sumber kekuatan sesuatu persahabatan. Alhamdulillah...

Banyak yang dikongsikan sepanjang Aisyah bersama dengan sahabat-sahabatnya. Kisah kehidupan barunya sebagai seorang pelajar di tempat baru dan juga mengenang kembali kisah-kisah mereka terdahulu. Perempuan. Ada sahaja yang diceritakannya. Sampailah mereka bicarakan soal hati. Tak mampu untuk diselindungkan lagi. Aisyah akhirnya mengalah.

Aisyah memandang sahabat-sahabatnya. Dia memulakan bicara.
Sebenarnya, Aisyah tak tahu nak cakap apa bilamana orang tanya Aisyah dah berpunya ke belum. Aisyah..
Aisyah apa? Cakaplah adik oiiii...! buat kami risau je.
Aisyah memang belum terikat dengan sesiapapun. Tapi, jauh di lubuk hati Aisyah, Aisyah dah jatuh hati kat seseorang. Itulah masalah Aisyah. Serba salah dibuatnya bila ada yang bertanya. Huhu..
Seseorang? Siapa tu Aisyah? Cakaplah..
Wah! Dah ada orang rupanya. Cakaplah yank siapa.
Alah akak ni, sabarlah. Aisyah sebenarnya suka pada ....
.....! Dia ke?
Orang dekat kita juga akak. Betullah tu.
Ya Rabbi.. dah lama ke?
A'ah.. lamalah jugak. Sejak Aisyah berkecimpung dalam dunia pimpinan.
Dah lama rupanya. Aisyah.. Aisyah.. Kalau orang tanya, jawab je dah ada ^^
Akak ni.. senang pulak jawapannya.
Ini perkara biasa Aisyah. Jangan risau.
Macam mana sekarang ni kak? Dari dulu lagi Aisyah dinasihatkan untuk bertanya khabar dari dia melalui orang tengah, ustaz ataupun ustazah di sana. Tapi Aisyah takut. Aisyah ada halangan akak.
Allah.. apa halangannya dik?
Halangan ibu ayah,, lagipun Aisyah masih belajar.
Betullah tu. Mesti ada sebab kenapa ibu ayah tak bagi Aisyah berkahwin buat masa sekarang. Mungkin dyeorang nak tengok Aisyah habis belajar dulu, kerja elok-elok dan boleh berdikari sepenuhnya.
Aisyah setuju tu kak. Aisyah faham. Masanya belum sesuai lagi.
Macam ni, cubalah bertanya khabar dahulu. Sama ada dia dah berpunya ke belum. Lagipun, dah lama Aisyah memendam rasa. Sekurang-kurangnya, kalau dia dah berpunya, Aisyah tak perlu berharap lagi.
Sampai bila nak begini? Cubalah sayang.. Aisyah pun dah usaha doa semuanya. Kali ni, kita cuba ya..
Baiklah kak. Kita cuba. Tapi sejujurnya Aisyah takut.
Kuat! Bersedia dengan segala apa khabar darinya..
In shaa Allah kak..

***
Beberapa hari kemudian..

Sedang sibuk berbual dengan kak Leeya, tiba-tiba masuk pesanan ringkas.
"Akak dah dapat khabar dari dia."
"Akak minta orang tengah tanyakan."

Aisyah terdiam. Betul ke apa yang dia lihat? Baru beberapa hari berbicara soal ini, akhirnya Aisyah peroleh jawapan yang ditunggu-tunggu selama ini. Bertahun lamanya.

"Dia dah berpunya."
"Aisyah sabar ya.."
"Aisyah terus doa mohon pada Allah. Jangan putus asa. xpe.."

Allah.. betul ke ni? Bukan ini jawapan yang Aisyah nantikan selama ini. Jika dulu, Aisyah yang memilih untuk menjauhkan diri saat digandingkan bersama dalam pimpinan, memilih untuk berada jauh bila berhadapan, kini dia pula yang membawa diri jauh dari Aisyah. Beginikah pengakhirannya???

"xpelah akak."
"bukan jodoh Aisyah."
"Terima kasih banyak akak."

Tak tahu apa yang dirasanya tika ini. Aisyah hanya mendiamkan diri. Tangisan juga tiada.

Kenapa aku tak menangis? Kerasnya hati ni? Atau aku yang masih belum menerima hakikat yang sebenar? Aisyah.. sedarlah! Jawapan yang dinantikan selama ni, dah pun kau peroleh. Tak.. itu bukan jawapan yang aku mahukan. Allah.. kuatkanlah diriku ini.

Aisyah bermonolog sendirian..
Akhirnya, Aisyah terlelap dengan seribu kekecewaan di hatinya..

#TarbiyahCintaAisyah
Aku tetap manusia biasa, menyimpan rasa.
Aku cuba menjadi yang luar biasa, menjaga rasa ini agar tidak dicemari noda.
Dan aku, menerima ketentuan dari-Nya.
Tetap yakin dengan segala aturan-Nya.
Aku mahukan kebahagiaan dalam pengakhiran kisahku.
Ya Allah, permudahkanlah...


22 Ogos 2016
#Indah_Tarbiyah




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Kesunyian Itu Tarbiyah Buat Diri...

Tiga Golongan Manusia