Langkau ke kandungan utama

Episod 3 - MenCintai Dalam Diam

Lama memendam rasa. Akhlaknya memikat. Sepanjang Aisyah melaksanakan gerak kerja lapangan, tak pernah sekalipun dia bekerja dengan si fulan itu. Walaupun bergerak di bawah pimpinan yang sama, suaranya juga belum pernah didengari. Hanya melihat & mendengar bualan sahabat-sahabat seperjuangan mengenai akhlak si fulan. Entah mengapa, Aisyah sendiri kurang faham akan dirinya. Meminati dalam diam.

Doa dipohon pada-Nya agar dia tidak alpa dengan belaian perasan. Biarlah rasa ini dipandu oleh-Nya & kebaikan sahaja yang mengiringi langkahnya.

Ramadan Kareem hampir tiba. Projek baru bakal dilaksanakan sepanjang bulan mulia. Ditakdirkan Allah, nama Aisyah dicatat sebagai timbalan kepdaa si fulan yang merupakan ketua unit bagi projek tersebut. Sebelum ini hanya memandang dari jauh, namun kini di hadapan matanya sendiri. Aisyah tahu dia tidak kuat buat menahan rasa ini. Apatah lagi apabila bekerjasama. Bukan tidak profesional, tapi apabila melibatkan soal hati. Sukar menduga apa yang bakal terjadi. Tamparan paling hebat adalah bulan Ramadan itu sendiri. Allahurabbi. Ini bulan mulia. Melakukan gerak kerja amal pada bulan ini, ganjarannya. Subhanallah.. lumayan sekali di sisi Tuhan! Aisyah bertekad, dia tidak akan rosakkan gerak kerja amal ini hanya semata-mata soal hati. Dan dalam masa yang sama, dia perlu kuatkan diri untuk menjaga hatinya. Jika dilihat secara kasar, Aisyah boleh manfaatkan peluang ini untuk mengenal hati budi & melihat sendiri peribadi hebat si fulan. Namun, Aisyah bukanlah gadis yang sebegitu...

   -Walau jarak memisahkan, namun tetap dekat dalam doa-

Aisyah yakin dengan aturan Tuhan. Dia tahu persis apa dirinya. Ramadan Kareem. Inilah tetamu istimewanya. Inilah ladang amal untuk dia mengapai cinta yang pasti, cinta hakiki. Jika dia mengejar cinta si fulan, itu belum pasti. Biarlah peluang ini dia lepaskan demi sebuah cinta yang lebih dia dambakan. Reda Ilahi, itu yang membawa ke syurga, rumah idaman Aisyah dan juga semua. Aisyah yakin! Keputusannya ini tepat. Biarlah jarak & masa memisahkan diri mereka kembali. Mungkin itulah yang terbaik. Jika benar si fulan itulah jodohnya, pasti Aisyah akan dipertemukan semula dengannya. BiizniLlah.

Aisyah kini bertukar posisi. Masih sebagai timbalan, tapi bukan timbalan kepada si fulan itu. Menjaga hati itu pilihannya!

Aisyah berjaya memulakan cerita Ramadannya dengan cinta yang lebih agung! Cinta al-Khaliq.

Dan,
Si fulan...
Masih dalam doanya.

Terjawab sudah semuanya. Inilah sebabnya mengapa Aisyah sendiri berat untuk memberikan jawapan sama ada dia telah pun berpunya ataupun belum. Sebetulnya, dia masih belum berpunya. Masih belum terikat dengan apa-apa ikatan. Namun, hatinya...


***
Jalan cintanya mungkin biasa. Tapi sejauh mana rasa itu dipandu, itu yang bakal menentukan bagaimana penghujung cerita cintanya. Masih jauh perjalanan kehidupan. Kerana itu, lakukan pilihan yang terbaik untuk hidup kita. Sememangnya Allah menentukan semuanya, namun Allah juga memberi peluang kepada kita untuk memilih hala tuju dan mengajar kita untuk berusaha dalam apa jua yang dilakukan. Sebagai seorang Muslim, kita punya 'tujuan' kehidupan kita! Kita bukan hidup semata-mata hidup kan.


#MenCintaiDlmDiamMengasihiDlmSenyap #TarbiyahCintaAisyah #Indah_Tarbiyah

-9 Jun 2016-
#Indah_Tarbiyah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Bismillahirrahmanirrahim...
Melihat kepada suasana di sekeliling & telatah anak-anak remaja seusia dengan saya, saya mula mencari sesuatu sebagai sistem s0kongan (supp0rt system) dan juga persekitaran (biah) yang dapat membantu diri saya untuk terus istiqamah dalam bermujahadah mencari reda Ilahi... Pencarian saya bermula di bumi 'SHAMS' (gelaran bagi sek0lah menengah saya) dan di situ jugalah atas takdir Allah (melalui peranan yang dimainkan oleh seni0r-seni0r), saya menjumpainya...
AlhamduliLlah... N0w, I'm already in l0ve with it. Bila dah jatuh cinta semuanya Indahkan.Jadi, macam tu lah apa yang saya rasa dengan 'Tarbiyah'. Melalui tarbiyah saya pelajari segala-galanya termasuklah mengenal siapa itu Al-Khaliq, mengetahui siapa diri saya yang sebenarnya, tujuan saya hidup dan tali (ikatan) ukhwah. "Tarbiyah, apa maksud tarbiyah tu? " mesti ada yang tertanya-tanya kan. Meh snie nak habaq mai... Mengikut ensiklopedia, tarbiyah berasal dari bahasa Ar…

Pengalaman jaga booth, jual tudung

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua...

Sebelum ni fatin ada janji nak cerita pasal pengalaman sepanjang bersama team Hijabmanis ataupun nama barunya sekarang adalah I_Manishijab di UMT (Universiti Malaysia Terengganu) baru-baru ini. Maybe ada yang tak tahu apa yang fatin buat kan. So, untuk makluman semua fatin kan ada buat dropship tudung, dengan I_Manishijab tu lah. So, kebetulan dyeorang pun nak bukak booth dan perlukan pembantu. Fatin joinlah. Lagipun UniSZA kan sebelah UMT je. Dekat sangat ulang alik je. Hehe..😄😄😄

Seronok tau.. Bukak booth pastu jual pelbagai jenis tudung. Semuanya yang patuh syariah. 😊
Ada yang tanya tak penat ke? Tak kekok ke? Penat tu susah semestinya. Dari 10 pagi sampailah ke 11 malam. Lebih kurang camtulah. Boleh je nak balik awal dalam pukul 10 malam camtu, tapi yelah waktu tengah kemuncak, style budak-budak U plak jenis suka keluar lewat malam, memang time gitew la booth penuh orang. Penuh dengan akak-akak manis yang sibuk duk cari tudung.…

Episod 6 - Doanya terjawab sudah!

Alhamdulillah.. begitu lama penantiannya. Dan penantian itu satu penyeksaan bukan. Bukannya tidak mahu diluah, hanya Allah swt mengetahui sejauh mana rasa ini. Namun, reda si ayah seringkali bermain di fikiran. Mampukah hal ini dibawa berbincang? Mampukah Aisyah berhadapan dengan ayahnya? Menyatakan rasa yang selama ini dipendam. Allahurabbi.. Berat bila memikirkan soal hati, saat hati mula suka, menyimpan rasa, si ayah pula menyatakan syaratnya. “Ayah taknak anak-anak ayah berkahwin dengan orang negeri…!” tegas si ayah. Sebaliknya pula yang terjadi. Siapa mampu melawan takdir, rasa ini sudah mula hadir dalam diri Aisyah. Tidak disangka-sangka, si dia yang diminati berasal dari negeri itu. Kenapa? Kenapa hal ini perlu terjadi? Andai saja dia bukan berasal dari sana, sudah lama Aisyah meluahkan rasa ini pada si ayah. Biar dia memahami sejauh mana kesungguhan si anak. Dari pandangan orang luar, kenapa perkara mudah sebegitu perlu menjadi syarat utama bagi si ayah? Tidak logik dek akal!…