Episod 2 - Awak sebenarnya dah berpunya ke?



Rancak sungguh perbualan di antara dua gadis itu. Entah apa yang dibualkannya. Langkah mereka diatur perlahan keluar dari kelas menuju pulang ke asrama. Rakan-rakan yang lainnya juga sudah habis kuliah. Masing-masing sibuk di jalanan. Ada yang menuju ke kafe, ada yang pulang ke asrama dan ada juga yang bergegas masuk ke kuliah yang seterusnya.

Aisyah.. Aisyah..

Kelihatan Kak Aina memanggil Aisyah dari bawah pokok. Dia sedang berehat bersama-sama rakannya. Aisyah tersenyum dari jauh. Langkahnya diatur makin laju. Setibanya di bawah pokok, terus Kak Aina tarik tangan Aisyah dan membawanya jauh dari yang lain.

Eh! Kenapa ni kak? Ada perkara penting ke?

Risau juga Aisyah dengan tindakan Kak Aina.

Maaf Aisyah. Akak ada perkara penting nak tanyakan pada awak ni. Tapi, awak jawablah dengan jujur ye.

Emm.. apa dia kak?

Awak sebenarnya dah berpunya ke?

Erk.. soalan apa ni kak? Kenapa akak tanya?

Takpela.. jawablah dulu soalan akak tu. Dah ke belum?


Aisyah terdiam. Perlu ke dia memberi jawapan. Dia sendiri belum pasti. Soal hati ni bukan perkara main-main. Namun, Aisyah perlu jujur.

Emm... Belum!
Akak.. berat jugak soalan ni. Tapi kenapa akak tanya? Akak ni buat Aisyah risau la.

Baguslah kalau macam tu. Takpe, itu Aisyah jangan risau. Nanti Aisyah tahulah sebabnya kenapa.

Itu je ke yang akak nak tanya?

A'ah.. setakat ni itu je dulu. Lepas ni, apa-apa akak akan cari Aisyah ye.

Apa akak ni..? Janganlah buat Aisyah risau.

Hehe.. alah! Relaks la Aisyah. Anggap je akak ni sebagai orang tengah ye.

***
Jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi. Tapi Aisyah masih belum tidur. Dia masih memikirkan perbualannya dengan kak Aina siang tadi.


Kenapa Kak Aina tiba-tiba sahaja tanyakan soalan itu padanya. Siapalah agaknya yang meminta Kak Aina berbuat begitu. Bunyinya macam serius. Tapi, entahlah! Dia sendiri tidak boleh agak siapa orangnya. Lagipun, Aisyah tidak punya kawan lelaki yang ramai di kampus tempat dia belajar. Itupun kawan-kawan yang selalu berprogram dan melakukan gerak kerja bersamanya. Bilangan mereka boleh dibilang dengan jari. Mustahil mereka orangnya.

***
Hari ini, Aisyah bertekad untuk bertemu semula dengan Kak Aina. Dia perlukan jawapan.

Kak Aina... berterus teranglah dengan Aisyah. Siapa orangnya?

Ya Allah.. sayang! Awak tak perlu tahu siapa orangnya. Belum masanya lagi. Cuma..

Cuma apa kak?

Kalau orang tu orang jauh takpe ke? Mak ayah awak ada tetapkan apa-apa syarat tak? Taknak orang jauh ke? Nak orang dekat-dekat je..?

Banyak betul soalan akak.. Emm, takde kak. Mak ayah tak cakap apa pun.

Baguslah kalau macam tu. ^^
Takpe dik. Awak banyak berdoa ye. Moga baik-baik semuanya. In shaa Allah, kalau ada jodoh tak ke mana kan. Yang paling penting, teruskan berdoa, jaga diri baik-baik. Kebaikan yang diminta, In shaa Allah kebaikan juga yang dibalas-Nya.

Ape akak ni..?
Takut Aisyah.

Haha.. luculah Aisyah ni. Orang berkenan kat dia pun dia takut. Awak dah besar dik. Dah boleh kahwin pun.

Yelah kak.. In shaa Allah.. Moga dipermudahkan semuanya. Terima kasih kak.

Sama-sama Aisyah. ^^

#MenCintaiDlmDiamMengasihiDlmSenyap #TarbiyahCintaAisyah #Indah_Tarbiyah

-9 Jun 2016-
#Indah_Tarbiyah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Kesunyian Itu Tarbiyah Buat Diri...

Ahmad Ammar Ahmad Azam