Langkau ke kandungan utama

Episod 1 - Tarbiyah dari Tuhan.

Dingin malam mula terasa.
Sedingin rasa yang dipendam oleh Aisyah. Saat itu, dirinya seolah-olah sudah mula berputus asa. Dia juga kurang mengerti. Hampir 3 tahun dia memendam rasa ini. Mengapa setelah begitu lama, kini kedinginan itu menyapa? Mahu dilupakan saja rasa ini. Biarkan ianya berlalu pergi.

Jika sebelum ini, Aisyahlah yang saban hari memujuk hati agar bersabar. Doa dipanjatkan pada Ilahi agar dirinya kuat. Dia cuba sedaya mungkin berusaha menjaga hati. Dia yakin. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Kerana itu, harapan itu dibina sedikit demi sedikit.

Tidak sesekali Aisyah gusar jika harapan yang dibina itu bakal musnah satu hari nanti. Kerana apa? Kerana Aisyah yakin, bilamana dia menjaga dirinya kerana Allah, meninggalkan maksiat, mencari yang terbaik, Allah pasti akan membalasnya juga. Cepat atau lambat. Tidak mengapa. Ini ujian baginya. Diajar dirinya sebegitu.

Namun, malam ini.
Terdetik di hati kecilnya buat melupakan rasa itu.

Aisyah memandang jauh ke luar jendela. Entah apa lagi yang bermain di benak fikirannya. Diam dalam dunianya sendiri.

"Ya Allah... sudah lama Aisyah memendam rasa ini. Selalu Aisyah panjatkan dalam doa, agar dijaga rasa ini. Jika benar, maka Engkau permudahkanlah semuanya. Jika salah perbuatan Aisyah, Engkau hapuskanlah rasa itu dari hati ini. Jika ini adalah saatnya, rasa ini salah.. Aisyah serahkan semuanya pada-Mu. Engkau bimbinglah diri ini agar sentiasa melakukan perbuatan yang Engkau redai. Jauhkanlah ku dari melakukan maksiat."

Aisyah pasrah. Bersangka baik dengan segala aturan-Nya. Dia cuba mencari di mana silapnya. Pasti ada sebab mengapa sesuatu itu berlaku.

Dia cuba mengamati kembali hari-harinya sebelum ini. Apa yang dilakukannya. Kurangnya di mana. Cacatnya di mana.

Tiba-tiba, muka Aisyah kelihatan sayu. Pipinya mulai basah. Dia seakan-akan sudah menemui jawapan bagi persoalan yang dicarinya.

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...

Asiyah sedar akan silapnya.
Selama ini, dia sibuk meminta agar dia diberikan cinta manusia yang didambakannya.
Dia melakukan solat hajat, solat istikharah & berdoa kerana mahukan yang terbaik dari Tuhannya.
Namun, Aisyah lupa.
Cinta manusia itu hanyalah sedikit sahaja jika dibandingkan dengan cinta dari Tuhannya.
Dia sibuk meminta cinta yang sedikit itu hingga lupa pada cinta yang agung.
Dia sibuk solat & berdoa untuk itu sedangkan dia lupa untuk solat & berdoa memohon ampun atas segala dosa-dosanya pada Tuhan.
Tidak pula dia meminta agar Tuhan memberikan cinta-Nya. Tidak pula dilafazkan begitu.

Tuhan juga cemburu melihat hamba-Nya sibuk menagih cinta lain selain dari-Nya.

Benar.
Aisyah menjaga dirinya dari melakukan maksiat. Aisyah meninggalkan segala perbuatan bercouple, keluar berdating, bersms manja, berwhatsapp/chatting perkara-perkara yang tidak penting, dan sebagainya.
Dipendam saja rasa itu.
Tapi, masih punya kekurangannya.

Aisyah silap.
Dia sedar.
Dia perlu berubah.
Dia perlu bezakan yang mana yang lebih penting.
Itu yang perlu dia tunaikan.

Dibina semula keyakinannya.
Mencari cinta Ilahi.
Itu yang paling utama.
Itu cinta yang akan membawanya ke syurga.
Itu cinta yang takkan pernah pudar buat dirinya.
Itu cinta yang akan sentiasa mendukungnya saat senang mahupun susah.
Itu cinta yang akan melahirkan beribu-ribu lagi cinta yang lainnya.

Cinta Ilahi.
Takkan pernah dimungkiri.
Sedikit pun tak gusar menanam, menyemai dan membaja cinta ini di hatinya, membiarkan ianya senantiasa tumbuh mekar.
Aisyah tahu, cinta ini akan membuatkan dirinya berterusan jatuh cinta.

Bahagia ini yang dicarinya selama ini.
Bahagia di jiwa.
Inilah hakikat bahagia yang sebenarnya.

Aisyah bersyukur.
Dirinya tidak dibiarkan berterusan alpa.
Dia belajar dan terus belajar.
Ibrah dari apa yang berlaku.
Sebagai penguat untuk dia terus maju ke hadapan.


#MenCintaiDlmDiamMengasihiDlmSenyap #TarbiyahCintaAisyah #Indah_Tarbiyah

-5 Disember 2015-
#Indah_Tarbiyah







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Bismillahirrahmanirrahim...
Melihat kepada suasana di sekeliling & telatah anak-anak remaja seusia dengan saya, saya mula mencari sesuatu sebagai sistem s0kongan (supp0rt system) dan juga persekitaran (biah) yang dapat membantu diri saya untuk terus istiqamah dalam bermujahadah mencari reda Ilahi... Pencarian saya bermula di bumi 'SHAMS' (gelaran bagi sek0lah menengah saya) dan di situ jugalah atas takdir Allah (melalui peranan yang dimainkan oleh seni0r-seni0r), saya menjumpainya...
AlhamduliLlah... N0w, I'm already in l0ve with it. Bila dah jatuh cinta semuanya Indahkan.Jadi, macam tu lah apa yang saya rasa dengan 'Tarbiyah'. Melalui tarbiyah saya pelajari segala-galanya termasuklah mengenal siapa itu Al-Khaliq, mengetahui siapa diri saya yang sebenarnya, tujuan saya hidup dan tali (ikatan) ukhwah. "Tarbiyah, apa maksud tarbiyah tu? " mesti ada yang tertanya-tanya kan. Meh snie nak habaq mai... Mengikut ensiklopedia, tarbiyah berasal dari bahasa Ar…

Pengalaman jaga booth, jual tudung

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua...

Sebelum ni fatin ada janji nak cerita pasal pengalaman sepanjang bersama team Hijabmanis ataupun nama barunya sekarang adalah I_Manishijab di UMT (Universiti Malaysia Terengganu) baru-baru ini. Maybe ada yang tak tahu apa yang fatin buat kan. So, untuk makluman semua fatin kan ada buat dropship tudung, dengan I_Manishijab tu lah. So, kebetulan dyeorang pun nak bukak booth dan perlukan pembantu. Fatin joinlah. Lagipun UniSZA kan sebelah UMT je. Dekat sangat ulang alik je. Hehe..😄😄😄

Seronok tau.. Bukak booth pastu jual pelbagai jenis tudung. Semuanya yang patuh syariah. 😊
Ada yang tanya tak penat ke? Tak kekok ke? Penat tu susah semestinya. Dari 10 pagi sampailah ke 11 malam. Lebih kurang camtulah. Boleh je nak balik awal dalam pukul 10 malam camtu, tapi yelah waktu tengah kemuncak, style budak-budak U plak jenis suka keluar lewat malam, memang time gitew la booth penuh orang. Penuh dengan akak-akak manis yang sibuk duk cari tudung.…

Episod 6 - Doanya terjawab sudah!

Alhamdulillah.. begitu lama penantiannya. Dan penantian itu satu penyeksaan bukan. Bukannya tidak mahu diluah, hanya Allah swt mengetahui sejauh mana rasa ini. Namun, reda si ayah seringkali bermain di fikiran. Mampukah hal ini dibawa berbincang? Mampukah Aisyah berhadapan dengan ayahnya? Menyatakan rasa yang selama ini dipendam. Allahurabbi.. Berat bila memikirkan soal hati, saat hati mula suka, menyimpan rasa, si ayah pula menyatakan syaratnya. “Ayah taknak anak-anak ayah berkahwin dengan orang negeri…!” tegas si ayah. Sebaliknya pula yang terjadi. Siapa mampu melawan takdir, rasa ini sudah mula hadir dalam diri Aisyah. Tidak disangka-sangka, si dia yang diminati berasal dari negeri itu. Kenapa? Kenapa hal ini perlu terjadi? Andai saja dia bukan berasal dari sana, sudah lama Aisyah meluahkan rasa ini pada si ayah. Biar dia memahami sejauh mana kesungguhan si anak. Dari pandangan orang luar, kenapa perkara mudah sebegitu perlu menjadi syarat utama bagi si ayah? Tidak logik dek akal!…