Imam Hambali

HARI DAN TEMPAT KELAHIRAN IMAM HAMBALI

     Imam Hambali dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabi'ul Awal tahun 164 Hijrah(780 Masihi).Menurut riwayat,tempat kediaman ayahanda dan ibunda beliau sebenarnya di kota Marwin,wilayah Khurasan ,tetapi ibunda beliu telah melahirkannya sewaktu dia berada di Baghdad.

     Menurut riwayat lain pula ada mengatakan bahawa Imam Hambali dilahirkan di kota Marwin lalu dibawa oleh ibunda beliau ke Baghdad sewaktu beliau masih kecil kemudian dibesarkan di sana.Walaubagaimanapun,dikatakan riwayat yang lebih masyhur adalah riwayat yang diatas.

     Ayahanda beliau meninggal dunia ketika berumur 30 tahun,iaitu sewaktu beliau masih seorang kanak-kanak.Oleh sebab itu,beliau tidak pernah diasuh oleh ayahandanya sebaliknya dibesarkan oleh ibunda beliau.

NAMA DAN SALASILAH YANG MENASABKAN IMAM HAMBALI

Nama Imam Hambali sejak kecil ialah Ahmad, ayahanda beliau bernama Muhammad Asy-Syaibani.Jika diselidiki dengan teliti,nasab dan salasilah yang menasabkan beliau masih bersambung langsung dengan salasilah yang menasabkan Nabi kita,Muhammad S.A.W. Secara ringkasnya adalah seperti berikut :

Muhammad, iaitu ayah beliau, bin Hambal bin Hilal bin Asad bin Idris bin Abdullah bin Hajyan bin Abdullah bin Anas bin Auf bin Qasith bin Mazin bin Syaiban bin Dzahal Tsa'labah bin Akabah bin Sha'ab bin Ali bin Bakar bin Wa-il bin Qashid bin Afsyi bin Dami bin Jadllah bin Asad bin Rabi'ah bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan. 

Jadi nasab-salasilah beliau bersambung dengan salasilah Nabi Muhammad S.A.W. sampai kepada Nizar,kerana yang menasabkan Nabi ialah Mudhar bin Nizar,iaitu datuk Nabi kita yang kelapan belas.

KELUARGA IMAM HAMBALI

    Imam Hambali berkahwin melalui perhambaan iaitu dengan memiliki seorang hamba jariah yang bernama "Husan".Beliau berbuat demikian sebagai mengikuti Nabi S.A.W  apabila junjungan memiliki Mariyyah Al-Qibtiyyah dengan secara perhambaan.

     Bersama Husan,beliau memiliki beberapa orang anak.Mereka ialah Said,Muhammad,Al-Hasan,Zainab dan Fatimah,juga dua orang anak kembar yang diberi nama Hasan dan Husin,tetapi kedua-duanya meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan.

     Imam Hambali kemudiannya berkahwin dengan Al-'Abassah binti Al-Fadhl.Beliau dikurniakan beberapa orang cahaya mata bersama Al-'Abassah iaitu Salih anaknya yang pertama,diberi gelaran  Abdul-Fadhl,dilahirkan pada tahun 203 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 265 Hijrah.Beliau memegang jawatan kehakiman di Asbahan,dan beliau menulis sejarah ringkas hidup bapanya iaitu Imam Hambali.

      Antara anak Imam Hambali bersama Al-'Abassah juga ialah Abdullah atau digelar sebagai Abu Abdul Rahman,merupakan seorang ketua bagi ilmu hadis,meninggal dunia pada tahun 290 Hijarh.Anak perempuan Imam Hambali pula dikebumikan bersamanya,dan begitu juga ramai dari pengikut-pengikutnya yang dikebumikan berhampiran dengan makam beliau.


PENDIDIKAN YANG DIPEROLEH IMAM HAMBALI

    Setelah kematian ayahnya, Ahmad dididik oleh ibunya dengan diberi pelajaran Al-Quran, Bahasa Arab dan hadis. Beliau menrima hadis dari guru-gurunya yang  terkemuka di zamannya seperti Safyan bin ‘Aiyinah dan mempelajari ilmu Fiqah dari Imam Syafe’i.
    Dalam usahanya mendalami ilmu hadis beliau telah mengembara ke Basrah, Kufah, Syam, Hijaz, Jazirah, Yaman, Makkah dan Madinah. Tujuannya ialah untuk mendengar sendiri dari mulut periwayat-periwayat hadis yang masih hidup. Dengan cara ini, menjadikan beliau seorang ulama’ hadis yang menjadi tumpuan para pengkaji hadis termasuk Imam Bukhori dan Imam Abu Muslim yang terkenal itu.

     Sekalipun beliau baru berusia 16 tahun, tetapi telah mempunyai ilmu pengetahuan dan bahan-bahan untuk mempelajari ilmu hadis dengar erti yang sebenarnya. Setiap ada kota dan tempat yang didengar oleh beliau ada ulama’ hadis, maka dengan cepat beliau berangkat menuju ke kota itu untuk mempelajari dan memperdalam ilmu itu.

KERAJINAN IMAM HAMBALI DALAM MENUNTUT HADIS NABI
Imam Hanbali sampai mempunyai kepandaian dan kemahiran  tentang hadis kerana kerajinan beliau dalam mencari ilmu dan menuntut hadis-hadis Nabi s.a.w sepanjang riwayat, beliau menuntut ilmu tersebut sejak berusia 16 tahun iaitu sejak tahun 179H dan terus menerus dengan tidak berhenti sampai berusia agak lanjut. Dari sebab kerajinannya dalam menuntut hadis-hadis Nabi, beliau sampai tidak memperhatikan keadaan dirinya sendiri tidak ada kesempatan untuk mencari nafkah dan tidak berkeinginan untuk beristeri sehingga pada waktu yang telah dikehendakinya sendiri.
Beliau mencari hadis-hadis Nabi s.a.w tidak hanya dalam sebentar waktu dan tidak hanya di  satu negeri sahaja, tetapi dalam waktu yang lama dan pergi kenegeri-negeri yang jauh jaraknya menuju kepada orang yang dikehendakinya.

GURU-GURU IMAM HAMBALI
 
     Guru yang pertama bagi Imam Hambali ialah Abi Yusuf Ya'akub bin Ibrahim Al-Qadhi, seorang rakan kepada Abu Hanifah.Bersamanya,beliau telah mempelajari ilmu feqah dan hadis.Oleh itu,Abu Yusuf dianggap sebagai gurunya yang pertama.

     Sesetengah daripada ahli kaji sejarah mengatakan pengaruh gurunya(Abu Yuasuf) tidak begitu kuat dalam kehidupannya.Mereka berpendapat bahawa guru Imam Hambali yang pertama ialah Husyaim bin Basyir bin Abi Khasim Al-Wasiti, kerana beliau adalah guru yang banyak mempengaruhi Imam Hambali.Beliau mengikuti gurunya itu lebih dari empat tahun,disamping itu,mempelajari hadis-hadis serta menulis daripadanya lebih dari tiga ribu hadis.

     Husyaim adalah seorang Imam yang meriwayatkan hadis di Baghdad,beliau seorang yang sangat bertaqwa lagi wara'.Selain itu,beliau juga merupakan salah seorang daripada pengikut-pengikut (Tabi' Tabi'in),seorang yang banyak mendengar hadis dari imam-imam dan Imam Malik.Ramai orang yang turut meriwayatkan hadis daripadanya.Beliau adalah seorang yang kuat ingatan.Dilahirkan pada tahun 104 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 183 Hijrah.

     Selain Husyaim,Imam Hambali juga turut berguru dengan Umair bin Abdullah,Abdul Rahman bin Mahdi dan Abi Bakr bin 'Ilyas.

     Imam Syafi'e juga merupakan salah seorang guru kepada Imam Hambali.Bahkan ada yang mengatakan bahawa Imam Syafi'e adalah guru beliau yang kedua selepas Husyaim.Beliau bertemu dengan Imam Syafi'e ketika berada di Hijjaz,sewaktu beliau menunaikan fardhu haji.Imam Syafi'e mengajar di masjid Al-Haram,lalu Imam Hambali berguru dengannya,kemudian mereka bertenu buat kali yang kedua di Baghdad.

       Imam Syafi'e menasihatinya agar menurutinya ke Mesir.Imam Hambali pada mulanya tidak berniat untuk melakukan demikian lalu beliau mempelajari daripada Imam Syafi'e cara-cara untuk menetapkan dan mengeluarkan sesuatu hukum.Muhammad bin Ishak berkata : "Tidak diragui bahawa Ibnu Hanbal adalah seorang daripada penuntut Imam Syafi'e.''

       Imam Hambali juga pernah berguru dengan Ibrahim bin Sa'ad,Yahya bin Al-Qattan,Waqi'e dan lain-lain.Beliau bercita-cita untuk belajar dengan Imam Malik bin Anas,tetapi sayangnya Imam Malik telah meninggal dunia sewaktu beliau masih dalam permulaan menuntut ilmu.Walaubagaimanapun,Allah telah menggantikan kepadanya Sufian bin 'Uyainah yang tinggal di Mekah.Sehingga Imam Hambali pernah berkata : "Malik telah meninggal tetapi Allah telah mengganti Sufian bin 'Unaiyah untukku". 

IMAM HAMBALI MENJADI GURU

Setelah sekian lama Imam Hambali mempelajari ilmu-ilmu daripada guru- guru beliau yang masyhur itu,beliau mulai mengajar di Masjid Jami'e di Baghdad di mana umurnya pada waktu itu ialah 40 tahun.Menurut kajian,beliau tidak mahu mengajar sebelum dari ini lantaran beliau berasa segan oleh kerana terdapat beberapa orang dari kalangan guru-guru yang mendidiknya masih lagi hidup.
 
Ada pun mungkin beliau berbuat demikian kerana sebagai mengikuti Rasulullah S.A.W. yang mana Allah tidak meletakkan tanggungjawab utusan dan penyampaian kepada baginda Rasulullah sebelum umurnya mencapai 40 tahun.Imam Hambali adalah seeorang yang sangat menjaga dan menuruti jejak langkah Rasulullah di segenap lapangan.

Majlis ilmu Imam Hambali terbahagi kepada dua bahagian iaitu pelajaran am dan pelajaran khas.Pelajaran am diadakan selepas Asar di masjid,sementara pelajaran khas pula diadakan di rumahnya.Majlis pelajaran am dihadiri oleh pendengar-pendengar yang sangat ramai sehingga dikatakan bahawa bilangan orang yang hadir ke majlis tersebut mencecah lima ribu orang.

Pendengar-pendengar yang datang ke majlis ilmu Imam Hambali mempunyai berbagai-bagai tujuan dan kehendak.Ada diantara mereka yang datang untuk menuntut ilm,ada pulayang datang untuk mendengar nasihat-nasihat,ada juga yang datang untuk mengambil pengajaran daripada akhlak dan adab-adabnya dan tidak krang juga yang datang untuk mengambil berkat.Beliau tidak pernah bergurau-senda bahkan beliau tidak dapat bersabar dengan gurau-senda dari orang lain.Orang-orang yang suka bergurau senda tidak akan melakukan sedemikian sekiranya mereka bersama Imam Hambali.

PARA SAHABAT DAN PARA MURID IMAM HAMBALI
Menurut riwayat : bahawa para sahabat dan para murid Imam Hambali adalah beratus-ratus banyaknya dan diantara mereka itu Imam-Imam Ali bin Al-Madini, Yahya bin Ma’in dan Dahim Asy-Syami. Ketiga-tiga beliau ini sekalipun sahabat, tetapi termasuk juga muid beliau yang kuat meriwayatkan hadis-hadis dari beliau,  dan ketiga-tiga beliau termasuk golongan ulama’ besar juga. Dan diantara guru beliau yang pernah mengambil riwayat hadis dari beliau iaitu Imam ‘Abdulrazak. Imam Hasan bin Musa dan Imam Asy-Syafie.
Adapun diantara para murid beliau yang akhirnya menjadi ulama’ besar dan terkemuka serta terkenal iaitu Imam Al-Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Abu Zur’ah Ar-Razi, Imam Abu Zur’ah Ad-Dimasiki, Imam Ibnu Abi Dunia, Imam Abu Bakar Al-Atsram, Imam Hanbal bin Ishak Asy-Syaibani (putera dari keturunan beliau sendiri), dan lain-lainnya lagi yang tidak kami huraikan disini.
Ini diantara para sahabat dan para murid Imam Hambali, yang hingga kini masih harum nama-namanya disegenap pelusuk dunia, terutama bagi para ulama’ ahli ilmu hadis. Dan putera beliau yang ikut serta mengambil riwayat hadis dari beliau iaitu Imam Salleh dan Imam Abdullah , yang kedua-duanya itu pada masa kemudian beliau menjadi ulama’ besar juga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Kesunyian Itu Tarbiyah Buat Diri...

Ahmad Ammar Ahmad Azam