Imam Hambali IV

SIFAT-SIFAT DAN BUDI PEKERTI IMAM HAMBALI
Beliau adalah seorang yang bertubuh sedang dan bermuka bagus, berambut agak ke merah-merahan, setelah lanjut usianya, biasa mencelup rambutnya dengan pacar kuning dan janggutnya tidak begitubanyak rambutnya.

Beliau seorang pendiam, tidak suka banyak berbicara, menghormati orang, suka merendah diri, tidak sombong, lemah lembut, suka kepada kebersihan dan suka  kepada yang baik. Beliau juga seorang yang muka sentiasa kelihatan gembira, jika berjumpa dengan orang sangat peramah, suaraunya tidak begitu lunak dan tidak begitu keras, sangat pemalu, banyak menundukkan kepala dan memejamkan mata apabila melihat sesuatu yang  dilarang oleh agama, suka menjauhkan diri dari perbuatan yang tidak  akan ada guna, tida suka mendengar perkataan keji dan tabah hati.
Antara budi pekerti beliau adalah, apabila berjalan dan ada yang mengikut berjalan dibelakangnya beliau akan mengajak supaya  berjalan bersamanya, tidak suka memanjangkan kaki dimuka pertemuan banyak orang , tidak pernah kelihatan berlaku pongah  atau riak. Jika beliau membenci seseorang, ia benci kerana Allah dan jika suka kepada seseorang, ia suka kerana Allah juga. Yakni, apabila ia telah menyukai kepada seseorang lain, sebaimana ai menyukai kepada dirinnya sendiri dan apabila ia membenci kepada seseorang maka seperti ia membenci dirinya sendiri. Beliau juga suka kepada orang-orang yang sedang menderita kekurangan, fakir-fakir miskin  dan kerapkali duduk bersama mereka, dan tidak begitu senang bersahabat dengan para hartawan terutama kepada kepada orangyang kelihatan suka kepada kemewahan hidup dunia.

Dan diantara keluhuran budi beliau adalah berbuat baik terhadap jiran tetangga, kalau disaliti oleh jirannya, beliau sabar an membalas dengan baik. Beliau juga seorang yang suka menegur atau memperingatkan orang yang berlaku derhaka, orang yang berbuat salah menurut pandangan agama, tidak  suka melihat  orang yang menganaiya dan beliau akan sangat marah apabila melihat orang yang terang-terang melanggar batas-batas agama. Beliau juga berani dalam menegakkan kebenaran sepanjang pimpinan agama, tidak takut kepada celaan orang yang  mencela.
Beliau sangat menghormati orang-orang yang beliau pernah belajar dengannya. Tidak suka berbicara dimuka gurunya kecuali jika diajak untuk berbicara. Beliau juga tidak suka membicarakan sesuatu masalah yang tidak ditanyakan orang, kalau mendapat pertanyaan tentang urusan hokum agama, beliau sangat rajin dan ringan mejawabnya, sehingga orang yang bertanya itu faham dan puas.

Pakaian yang beliau sukai adalah putih dan bersih malah sangat tidak suka  memakai  pakaian selain putih. Beliau juga sangat memelihara dan mengatur rambutnya, rambut janggutnya dan rambut tubuhnya.
 KEDERMAWAN IMAM HAMBALI

Meskipun beliau seorang yang selalu menderita kekurangan, namun beliau sangat memelihara kehormatan dirinya, tidak suka meminta-minta kepada orang lain dan merasa lebih baik bekerja berat daripada menadahkan tangannya kepada orang lain, dan tidak ringan beliau menerima pemberian dari orang lain. Seringkali beliau diberi hadiah dari para kawannya, dan dari para hartawan yang kenal baik dengan beliau tetapi kerap kali juga beliau menolaknya.
Disamping itu juga, beliau seorang yang sangat murah hati dan dermawan. Kalau kebetulan mempunyai kelebihan rezeki lalu ada yang meminta kepadanya, maka dengan segera beliau memberikan kepadanya.

Seterusnya, apabila beliau menerima hadiah dari tetangga, maka sesudah beliau terima, lalu di saat yang lain beliau member balasan hadiah dengan yang lebih banyak atau yang lebih mahal harganya.

PENOLAKAN IMAM HAMBALI TERHADAP PANGKAT DAN KEDUDUKAN

Meskipun sejak kecil beliau selalu dalam keadaan menderita dan tidak pernah merasakan kemewahan dan kenikmatan hidup dunia, tetapi beliau dalam urusan pencarian dan mempunyai pendirian yang tersendiri, dan tidak suka  menerima pemberian dari orang kerana kezuhudan dan  kewara’annya.
Beliau berpendirian : Lebih baik bekerja berat yang dipandang rendah oleh kebanyakan orang daripada melakukan nista. Lebih baik merassakan lapar daripada memakan yang belum tentu halalnya. Oleh sebab itu, tidaklah terlintas dalam hati sanubarinya sedikitpun suatu keinginan untuk hendak menduduki suatu kedudukan atau pangkat dalam linkungan pemerintahan.

Sepanjang riwayat, ketika Imam Syafe’i diminta oleh baginda Harun Ar-Rasyid supaya  mencalonkan seorang kawan ulama’ yang ahli hukum dan paling banyak ilmunya didalam pusat pemerintahannya, atau kedudukan Qadhy dinegeri Yaman, maka diikala itu Imam Syafe’i menunjuk kepada diri Imam Hanbali.
Kemudian dikala Imam Syafe’i bersua dengan Imam Hanbali, beliau diberitahu bahawa jabatan hakim dipusat pemerintahan Qadhy dinegeri Yaman telah diusulkan kepada baginda Ar-Rasyid dan telah mendapat persetujuan pula supaya Imam Hanbali yang mendudukinya. Maka dikala itu Imam Hanbali berkata dengan tegas: “Saya datang kepada engkau ini hendak menuntut ilmu pengetahuan, bukan handak mencari kedudukan atau pangkat disisi Kepala Negara”.

KEBESARAN PERIBADI IMAM HAMBALI
Tentang kebesaran Imam Hambali, kita tidak akan mungkin dapat mengetahui yang sebenarnya, melainkan harus dengan perantaraan bukti-bukti yang nyata, yang telah diakui pula oleh orang-orang besar dan para terkemuka yang hidup semasa dengan beliau. Oleh sebab itu, maka tentang kebesaran peribadi beliau dan kelebihan pengetahuannya, cukuplah kita melihat dan membawa riwayat-riwayat dan penyataan-penyataan para sahabat atau para orang yang pernah bergaul dengan beliau dimasa itu, seharusnya kita masing-masing hendaklah melihat pula kitab-kitab peninggalan beliau sehingga sekarang yang masih tersebar disegenap pelusuk dunia islam. Adapun diantara penyertaan dan pengakuan ulama’ besar pada masa itu adalah sebagai berikut :

  1. Imam Asy-Syafie sendiri pernah sebagai seorang alim besar yang pernah menjadi guru Imam Hambali tentang urusan ilmu fiqh pernah menyatakan : “Ahmad bin Hambali, selaku pemuka tentang ilmu hadis, pemuka tentang ilmu fiqh, pemuka tentang ilmu quran, pemuka tentang faqar – kepada Allah -, pemuka tentang zuhud, pemuka tentang wara’ dan pemuka tentang sunnah Nabi s.a.w.”.
  2. Imam Syafie juga pernah menyatakan sebagai pengakuannya yang tegah terhadap diri Imam Hambali, kemudian : “ saya keluar dari kota Baghdad, dan saya tidaklah meninggalkan dikota itu seorang pun yang lebih pandai tentang hukum-hukum agama, lebih jauh dari pengaruh kebendaan, lebih cermat tentang hukum, lebih teliti tentang memelihara diri dari perbuatan yang terlarang dan lebih pintar tentang urusan agama, selain daripada Ahmad bin Hambali ”.
  3. Orang ramai banyak berkata kepada Imam Asy-Syafie : “ Ahmad banyak berziarah kepada engkau dan engkau berziarah kepadanya ?”. Kata Imam Syafie : “ kebesaran- kebesaran itu tidak akan bercerai dari tempatnya. Jika ia berziarah kepada ku, maka dengan kebesarannya, atau jika aku berziarah kepadanya, maka itulah bagi kebesarannya; dan kebesarannya itu adalah dalam macam 2 keadaan”.
  4. Imam Qutaibah bin Sa’id berkata : “ sebaik-baik orang pada zaman ku ini, ialah Abdullah bin Al-Mubarak, lalu pemuda ini”. Yakni Imam Hambali dikala masih remaja.
  5. Juga Imam Qutaibah pernah menyatakan : “ Ahmad bin Hambal adalah seorang pemuka yang di dunia ini”.
  6. Imam Qutaibah juga pernah ditanya orang : “ apakah engkau mengumpulkan Ahmad bin Hambal termsuk golongan para tabi’in?” . Beliau menjawab : “ dia termsuk golongan pembesar tabi’in.
  7. Selain itu beliau pernah berkata : “ jika tidak ada Ahmad bin Hambal , nescaya bsemakin ramailah orang berbuat bida’ah”.
  8. Juga Imam Qutaibah pernah berkata : “ sesudah wafat Imam Ats-Tsauri, lenyaplah wara’ : sesudah wafat Syafi’ie, lenyaplah sunnah, dan sesudah wafat Ahmad nanti, maka perbuatan bida’ah akan bermaharajalela”.
  9. Juga Imam Qutaibah juga berkata : “ apabila kamu melihat seorang yang mengasihi Ahmad, maka ketahuilah hendaknya bahawa ia adalah seorang yang mengasihi sunnah”
Demikianlah diantara pengakuan dan pernyataan Imam Syafi’ie dan Imam Qutaibah bin Sa’id, yang kedua beliau ini termasuk daripada guu-guru y.m. Imam Hambali. Dan Imam Qutaibah ini termasuk salah seorang guru besar ketika di negeri Khurasan, dan beliau ini wafat di Khurasan pada tahun 240 Hijrah.

  1.  Imam Ahmad bin Syaiban berkata : “ aku belum pernah melihat Imam Yazid bin Harun menghormati seseorang seperti ia menghormati kepada Ahmad bin Hanbal, dan aku belum pernah melihat ia memuliakan seseorang seperti ia memuliakan kepada Ahmad bin Hanbal; dan biasa ia duduk di sebelahnya ketika beliau sedang menceritakan hadis kepada kita “.
  2. Dan bin Syaiban pernah juga berkata : “ adalah Imam Yazid bin Harun sangat menghormati kepada Ahmad bin Hanbal, dan tidak pernah bersenda-gurau dengan dia. Dan pada suatu hari Ahmad bin Hanbal sakit, maka datanglah Imam Yazid kepadanya untuk menengoknya dengan menunggang kudanya”.
Imam Yazid bin Harun ini termasuk salah seorang guru bagi Imam Hambali, dikala beliau ini menjadi pelajar.

  1.  Imam Abu Bakar ‘Abdullah bin Zubair Al-Humaidi berkata : “ bahawa selama aku dinegeri Hijaz, Ahmad di negeri Iraq dan Ishak di negeri Khurasan, tidakakan ada seorang pun yang dapat mengalahkan kita”.
  2.  Imam Abnu Abi Uwais berkata dengan berang tatkala mendengar orang berkata : “ telah habis orang ahli hadis”. Beliau berkata : “ selama Ahmad bin Hanbal masih dikekalkan oleh Allah, maka selama itu pula ahli hadis masih ada”.
  3. Imam Ahmad bin Sa’id Ar-Razi berkata : “ aku belum pernah melihat seorang yang hitam kepalanya, yang lebih hafal dengan lancar tentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan yang lebih alim tentang fiqihnya dan ertinya, selain daripada Ahmad bin Hanbal”.
  4. Imam Ahmad bin A’yun berkata dengan syairnya, yang ertinya : “ Ahmadbin Hanbal telah menjadi suatu ujian : lantaran cinta dan sayang kepada Ahmad, tentu ia dikenal sebagai seorang ahli sunnah”.
  5. Imam ‘Abdur Razzak berkata : “ sesungguhnya saya belum pernah melihat seseorang yang lebih pandai tentang urusan hukum agama dan lebih teliti perbuatannya selain daripada Imam Ahmad bin Hanbal”.
  6.  Imam Abul-Qasim berkata : “ sesungguhnya Ahmad bin Hanbal itu apabila ditanya tentang hukum-hukum agama, seakan-akan ilmu pengetahuannya terletak diatas kedua pandangan matanya”.
  7.  Imam Ibrahim Al-Harbi berkata : “ kalau saya melihat kepada Ahmad seolah-olah Allah menghimpunkan kepadanya pengetahuan orang-orang terdahulu dan orang-orang yang datang kemudian”.
  8.  Imam Abdur-Rahman bin Mahdi berkata : “kalau saya melihat Ahmad bin Hambal, lalu teringatlah oleh saya Sufyan Tsauri”.
  9. Imam Ali bin Al-Madini berkata : “sesungguhnya Allah memuliakan agamaNya dengan dua orang, dan tidak ada yang ketiganya, iaitu Abu Bakar Ash-Siddiq pada hari ridaah dan Ahmad bin Hanbal pada hari mihnah”.
  10.  Dan beliau pernah juga berkata : “ semoga Allah memelihara Ahmad bin Hanbal, kerana ia pada hari ini menadi hujjah ALLAH keatas segenap makhlukNya”.
  11.  Seterusnya Imam Ali bin Ali Madini berkata : “ tidak ada seorang pun yang berani menegakkan urusan Islam dimasa selepas Rasulullah s.a.w. seperti yang telah ditegakkan oleh Ahmad bin Hanbal”. Dengan perkataan ini, maka beliau ditanya orang ; “ Ya Abal –Hasan, tidak Abu Bakar Siddiq?” Kata beliau : “ dan tidak Abu Bakar Siddiq. Kerana Abu Bakar Siddiq dapat menegakkan agama pada hari riddah itu, adalah dengan banyak pembantu dan handai tauladan dibelakangnya ; sedangkan Ahmad bin Hanbal pada hari mihnah, seorangpun tidak ada pembantunya dan sahabatnya yang berani membelanya”.
  12. Imam Ishaq berkata : “Ahmad bin Hambali itu seorang yang menjadi hujah ALLAH atas makhlukNya”.
  13. Imam Mas-har pernah ditanya oleh seseorng : “adakah engkau mengetahui akan seseorng yang memelihara umat ini dalam urusan agamanya?”. Beliau menjawab: “aku belum mengetahuinya, melainkan hanya seorang muda yang ada dijajah sebelah Timur”. Yakni Imam Ahmad Hambali.
  14. Imam Al-Hassan bin Ar-Rabi berkata: “Jikalau tidak ada Imam Ahmad, nescaya ramai orang yang mengada-ngadakan bid’ah dalam agama”.

SAKIT DAN KEMATIAN IMAM HAMBALI

Imam Hambali menghidap penyakit yang membawa kepada kematian.Semasa beliau sedang menghadapi kesakitan,tiada perkara yang membuatkan hatinya selalu beffikir kecuali beberapa perkara iaitu : sembahyang,pemikiran tentang pembahaagian harta yang ditinggalkan dan tiga helai rambut Nabi yang ada padanya,beliau amat menjaga dirinya daripada mengeluh sakit walaupun kesakitan itu tidak tertahan lagi kerana beliau meningati hadisa yang diterima daripada Tawus yang melarang dari mengeluh ketika sakit.

Beliau amat rajin mengerjakan sembahyang dan tidak akan sesekali meninggalkannya walau bagaimana keadaannya sekalipun.Akibat sakit yang melampau,beliau tidak berdaya untuk menyuci celah-celah jarinya sehinggakan beliau meminta bantuan dari anaknya ketika hendak mengambil wudhu'.Beliau meninggal dunia setelah selesai mengambil wudhu'.Apabila ditanya tentang harta peninggalannya,ia amatlah sedikit.Beliau meminta agar setengah daripada hartanya itu disedekahkan.

Imam Hambali diserang demam panas pada hari pertama bagi bulan Rabi'ul Awal tahun 240 Hijrah,sehingga beliau tidak berdaya untuk berjalan melainkan dengan pertolongan. Seorang  doktor yang merawat beliau menasihatinya agar memakan makanan yang dipanggang.Imam Hambali berpesan kepada anaknya yang bernama Salih:''Janganlah engkau memasak makanan itu dirumahmu dan tidak juga dirumah adikmu.." sebagai menjauhkan diri daripada perkara syubhah kerana kedua-dua anaknya itu pernah mengambil harta kepunyaan kerajaan.Dikatakan beliau meminta orang memberi tamar untuknya lalu tamar itu disedekahkan sebagai "kaffarah" (tebusan) sumpahnya,kemudian beliau mengucapkan : "Alhamdulillah" (segala puji bagi Allah) .

Wasiat Imam Hambali adalah seperti berikut :

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,inilah wasiat yang ditinggalkan oleh Ibnu Hanbal:Beliau berpesan dengan katanya beliau mengaku tiada Tuhan yang layak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,dan beliau mengaku bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya,baginda(Nabi Muhammad) diutuskan untuk membawa petunjuk dan agama yang benar,bagi mengatasi semua agama yang lain sekalipun ia dibenci oleh orang-orang kafir.

Beliau berpesan kepada sesiapa yang taat kepadanya dari kalangan keluarga atau sanak-saudaranya agar menyembah Allah dan memujiNyaan hendaklah mereka menasihati kaum muslimin seluruhnya.Beliau juga berkata bahawa "Aku redha bahawa Allah sebagai Tuhanku,Islam adalah agamaku dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai Rasul pembawa utusan yang benar".

Imam Hambali turut menyatakan bahawa Abdullah bin Muhammad Al-Ma'ruf yang tinggal di Buran, berhutang kepadanya sebanyak lima puluh dinar dan memang benar apa yang dikatakannya itu.Beliau membayarnya dengan hasil rumahnya.Setelah dibayar,dia memberi kepada tiap-tiap anak lelaki dan anak perempuan Salih dan Abdullah(anak-anak Ibnu Hanbal) sebanyak sepuluh dirham bagi tiap-tiap seorang,iaitu selepas pembayaran hartaAbi Muhammad,bersaksikan Abu Yusuf dan dua orang anaknya iaitu Salih dan Abdullah.

Imam Hambali meninggal dunia pada pagi hari Jumaat,12 Rabi'ul Awal pada tahun 241 Hjrah.Jenazahnya dimandikan oleh Abu Bakar Ahmadbin Al-Hujjaj Al-Maruzi,beliau sangat terkesan dengan kematian Imam Hambali.Jenazahnya dikebumikan selepas selesai solat Jumaat dan diiringi oleh puluhan ribu rakyat jelata.Beliau disemadikan di Baghdad.Moga-moga Allah merahmatinya.

 Wallahua'lam... Semoga bermanfaat.
Sedikit perkongsian | tugasan bagi madah Tarikh Tasyri' | Semester 1 | KIAS

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Kesunyian Itu Tarbiyah Buat Diri...

Tiga Golongan Manusia