Langkau ke kandungan utama

Sakit hati ! Maafkanlah...

Bismillah...

Langsir merah itu beralun-alun lembut...
Datang bersama buaian angin yang membuatkan aku sendiri terbuai...
Mataku terarah pada tumbuhan hijau di luar tingkap...
Walaupun angin menyapa. tumbuhan itu tidak membalas sapaanya ! Daun itu tidak bergerak! Aneh...
Mungkin tersalah lihat...
Lalu,
ku lihat kembali...
Eh... bergerak rupanya! Tapi, gerakan daun itu perlahan amat.

***

Fuuuhhhhhhhhhh.....
Hembusan ini belum menenangkan hatiku !
Hati ini masih berperang ! Kesakitan masih cuba dirawat.
Kuhirup udara itu dan dengan perlahan-lahan ku cuba lepaskan....
Aku lepaskan dengan bunyi lisanku.
Subhanallah ! Alhamdulillah ! Allahuakbar !
Lain rasanya. Sedikit terkesan dengan nafasku. Rasa ianya bermakna.
Tapi,,, dengan tiba-tiba aku teringat kembali. Tersentap kembali.

Aduhhhh...
Hati ini sakit bila mengenangkan hirisan-hirisan yang dilakukan oleh mereka-mereka itu...
Bila difikirkan... Kadang-kadang mereka sendiri tidak sengaja ataupun boleh jadi mereka sendiri tidak tahu perbuatan itu telah pun mengurisku !
Jadi, siapa yang ingin aku salahkan??? Makin ingat, makin sakit hati... Penyelesaiannya?
Lupakan. Biarkan.
Ah!!!! Semudah itu? Tidak. Tidak. Tidak.
Aku berperang kembali....
Hati? Kenapa begitu keras? Kenapa begitu sukar nak memaafkan?
Maafkanlah... Sampai bila ingin terus berdendam? Sampai bila ingin fikirkan kesakitan ini?
Lagi difikir lagi sakitnya bertambah... Bila hati sakit, anggota yang lain akan turut sakit. Keinginanku untuk makan, minum, tidur juga terganggu. Penat! Penat! Otakku hampir sahaja tidak bisa bernafas segar... Tangan dan kakiku juga tidak terarah jadinya. Tidak tahu mana hala tuju...

Maafkanlah...
Itulah satu-satunya jalan keluar. Jalan keluar kepada senyuman di bibir manisku... Otot-otot di pipiku sudah lama tidak bergerak-gerak manja. Peredaran darah juga tidak stabil. Mana tidaknya! Senyuman tidak terukir... Dengan senyuman, otot-otot itu bisa berfungsi dengan ceria! Dengan senyuman, peredaran darah di wajahku turut lancar!


Maafkanlah...
Belajar memaafkan lebih baik dari membiarkan. Belajar sekali tidak cukup. Nama lagi belajar! Selagi tidak berjaya, selagi itu perlu mencuba. Cuba hingga berjaya memaafkan.
Maafkanlah...

Ya Allah, Engkau bantulah hambaMu yang hina dan lemah ini. Engkau lembutkanlah hati ini untuk memaafkan. Engkau kuatkanlah hati ini agar tidak mudah terkesan dengan hirisan yang menerpa. Engkau sembuhkanlah hirisan-hirisan itu. Ubatilah ia dari berterusan mengeluarkan nanah-nanah yang menyakitkan. Sucikanlah hati ini dengan belas kasihanMu Ya Rabb. Tetapkanlah ia pada jalan kebaikan yang Engkau redai. Rahmatilah hatiku dengan limpahan iman. Siramilah ia dengan siraman kesedaran yang bisa mengggerakkan anggota-anggota badan yang lainnya agar turut serta. Ya Rahman, Ya Rahim... Hanya kepadaMu ku meminta. Perkenankanlah doa hambaMu ini. Bantulah diri ini dalam menjaga hati kecil itu dari noda-noda maksiat. Amiin...


 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Bismillahirrahmanirrahim...
Melihat kepada suasana di sekeliling & telatah anak-anak remaja seusia dengan saya, saya mula mencari sesuatu sebagai sistem s0kongan (supp0rt system) dan juga persekitaran (biah) yang dapat membantu diri saya untuk terus istiqamah dalam bermujahadah mencari reda Ilahi... Pencarian saya bermula di bumi 'SHAMS' (gelaran bagi sek0lah menengah saya) dan di situ jugalah atas takdir Allah (melalui peranan yang dimainkan oleh seni0r-seni0r), saya menjumpainya...
AlhamduliLlah... N0w, I'm already in l0ve with it. Bila dah jatuh cinta semuanya Indahkan.Jadi, macam tu lah apa yang saya rasa dengan 'Tarbiyah'. Melalui tarbiyah saya pelajari segala-galanya termasuklah mengenal siapa itu Al-Khaliq, mengetahui siapa diri saya yang sebenarnya, tujuan saya hidup dan tali (ikatan) ukhwah. "Tarbiyah, apa maksud tarbiyah tu? " mesti ada yang tertanya-tanya kan. Meh snie nak habaq mai... Mengikut ensiklopedia, tarbiyah berasal dari bahasa Ar…

Pengalaman jaga booth, jual tudung

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua...

Sebelum ni fatin ada janji nak cerita pasal pengalaman sepanjang bersama team Hijabmanis ataupun nama barunya sekarang adalah I_Manishijab di UMT (Universiti Malaysia Terengganu) baru-baru ini. Maybe ada yang tak tahu apa yang fatin buat kan. So, untuk makluman semua fatin kan ada buat dropship tudung, dengan I_Manishijab tu lah. So, kebetulan dyeorang pun nak bukak booth dan perlukan pembantu. Fatin joinlah. Lagipun UniSZA kan sebelah UMT je. Dekat sangat ulang alik je. Hehe..😄😄😄

Seronok tau.. Bukak booth pastu jual pelbagai jenis tudung. Semuanya yang patuh syariah. 😊
Ada yang tanya tak penat ke? Tak kekok ke? Penat tu susah semestinya. Dari 10 pagi sampailah ke 11 malam. Lebih kurang camtulah. Boleh je nak balik awal dalam pukul 10 malam camtu, tapi yelah waktu tengah kemuncak, style budak-budak U plak jenis suka keluar lewat malam, memang time gitew la booth penuh orang. Penuh dengan akak-akak manis yang sibuk duk cari tudung.…

Episod 6 - Doanya terjawab sudah!

Alhamdulillah.. begitu lama penantiannya. Dan penantian itu satu penyeksaan bukan. Bukannya tidak mahu diluah, hanya Allah swt mengetahui sejauh mana rasa ini. Namun, reda si ayah seringkali bermain di fikiran. Mampukah hal ini dibawa berbincang? Mampukah Aisyah berhadapan dengan ayahnya? Menyatakan rasa yang selama ini dipendam. Allahurabbi.. Berat bila memikirkan soal hati, saat hati mula suka, menyimpan rasa, si ayah pula menyatakan syaratnya. “Ayah taknak anak-anak ayah berkahwin dengan orang negeri…!” tegas si ayah. Sebaliknya pula yang terjadi. Siapa mampu melawan takdir, rasa ini sudah mula hadir dalam diri Aisyah. Tidak disangka-sangka, si dia yang diminati berasal dari negeri itu. Kenapa? Kenapa hal ini perlu terjadi? Andai saja dia bukan berasal dari sana, sudah lama Aisyah meluahkan rasa ini pada si ayah. Biar dia memahami sejauh mana kesungguhan si anak. Dari pandangan orang luar, kenapa perkara mudah sebegitu perlu menjadi syarat utama bagi si ayah? Tidak logik dek akal!…