Langkau ke kandungan utama

Jatuh Bangun!

Bismillah...

Duhai Tuhanku
Jatuh bangun ku menghamba Mu
Kadang cinta kadang ku melupa
Tegaku menyiksa hidup sendiri

Duhai Tuhanku
Untuk yang kesekian kali
Ku bersujud meminta kembali
Hati yang dipijar indah cinta Mu

Tuhan... aku tanpa Mu
Hidupku menderita
Sunyi hati kelam jiwa
Bagai terpenjara

Tuhan... biarkan kini
Aku dalam rahmat Mu
Meski jatuh dan terbangun
Ku tetap bertahan

Ku tetap bertahan...

Astaghfirullah...
Saat aku berada di atas & mampu berdiri sendiri, aku mula melupakan Dia. Mula sibuk akan perihal dunia, sibuk mencari kasih manusia, sibuk fikirkan pandangan manusia, sibuk mengejar harta dunia, sibuk hingga aku biarkan diriku yang 'lemah' itu terus dihanyutkan oleh semua perkara sehingga sampai satu saat, ketika aku mula kehilangan perkara-perkara tersebut, aku mula rasa kehilangan! Jiwa aku sunyi! Kosong! Dadaku sesak & fikiranku buntu! 

Hinggalah aku merasakan bahawa aku mesti mencari 'sesuatu' yang bisa menghilangkan segala rasa tersebut. Namun, aku tidak tahu apa yang mesti dicari! Apa yang dimaksudkan dengan 'sesuatu' itu? Arrggghhhhhh....

Tanpa aku sedar, Dia mengirimkan 'rasa' itu kepada diriku! 'Rasa' bahawa aku punya Dia... Subhanallah... Aku merasakan diriku telah disedarkan dari lamunan!  Perlahan-lahan aku mendekatiNya. Dari laungan takbir, hinggalah ke rukuk dan akhirnya dahiku mula menyentuh sejadah itu... Aneh! Saat itu hadir satu perasaan yang selama ini aku sendiri belum pernah merasakannya. Pelik! Tapi, aku biarkan rasa itu menyelubungi hati dan fikiranku. Aku yakin itulah 'sesuatu' yang ku cari selama ini. Iaitu ketenangan!

Bila ku tatap surat cinta dariNya dan mula menyelami isi kandungan surat itu dari pipi ke pipi, sekali lagi aku merasakan 'sesuatu'. Aku merasakan bahawa aku tidak keseorangan. Dia ada di sampingku. Walaupun tiada di hadapanku, aku yakin Dia amat dekat denganku. Belaian kasih sayang dari ayat-ayatNya sudah menjelaskan bahawa Dia amat menyayangiku. Cinta Dia terlalu agung sehingga aku sendiri merasakan malu untuk mendapatkan cintaNya. Keampunan dari Dia sentiasa terbuka luas. Teguran dariNya menyedarkan aku dari tampuk lama. Peringatan diberikan moga aku tidak tersasar. Kisah-kisah didalamnya memberikan pengajaran yang sangat berharga. Aku tersedar. Tidak semua berjaya mengharungi hidup ini. Ada yang 'jatuh' seperti diriku & ada yang bisa 'bangun' kembali. Aku ingin jadi seperti mereka yang bisa bangun itu! Mencari, mengejar dan terus mengisi sisa-sisa kehidupanku dengan redaNya.

Itulah lumrah kehidupan. Aku mula mula mengerti. Aku tanpa Dia, hidupku bakalan menderita! Segala kepahitan bakal ku rasakan. Tapi, aku tidak menginginkan rasa itu lagi. Aku inginkan kemanisan hidup kerana Dia. Aku akan terus tabah mengharungi liku-liku hidup ini. Aku yakin di setiap langkahku untuk mencari reda dan cintaNya, Dia sentiasa ada buat membantuku. Dia ada buat memberikan kekuatan kerna Dia itu sentiasa memerhati!

Tiada seorang pun dari hamba-hambaNya yang terlepas dari pandangan Dia termasuklah diriku yang kerdil ini... Impian ku kini cuma satu. Iaitu mendambakan rahmat serta kasih dariNya. Aku ingin hatiku terus dijaga & dilindungi olehNya. Aku ingin menjadi pemandu buat nafsuku dan kapten bagi bahtera kehidupanku... Aku akan terus bertahan. ameen... Biiznillah

"Berbahagialah orang yang dapat 
menjadi tuan untuk dirinya, 
menjadi pemandu untuk nafsunya
dan kapten untuk bahtera hidupnya"
-Saidina Ali-

 

-Let your past, make you better, not bitter-
Jatuh Bangun (INTEAM) 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Bismillahirrahmanirrahim...
Melihat kepada suasana di sekeliling & telatah anak-anak remaja seusia dengan saya, saya mula mencari sesuatu sebagai sistem s0kongan (supp0rt system) dan juga persekitaran (biah) yang dapat membantu diri saya untuk terus istiqamah dalam bermujahadah mencari reda Ilahi... Pencarian saya bermula di bumi 'SHAMS' (gelaran bagi sek0lah menengah saya) dan di situ jugalah atas takdir Allah (melalui peranan yang dimainkan oleh seni0r-seni0r), saya menjumpainya...
AlhamduliLlah... N0w, I'm already in l0ve with it. Bila dah jatuh cinta semuanya Indahkan.Jadi, macam tu lah apa yang saya rasa dengan 'Tarbiyah'. Melalui tarbiyah saya pelajari segala-galanya termasuklah mengenal siapa itu Al-Khaliq, mengetahui siapa diri saya yang sebenarnya, tujuan saya hidup dan tali (ikatan) ukhwah. "Tarbiyah, apa maksud tarbiyah tu? " mesti ada yang tertanya-tanya kan. Meh snie nak habaq mai... Mengikut ensiklopedia, tarbiyah berasal dari bahasa Ar…

Pengalaman jaga booth, jual tudung

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua...

Sebelum ni fatin ada janji nak cerita pasal pengalaman sepanjang bersama team Hijabmanis ataupun nama barunya sekarang adalah I_Manishijab di UMT (Universiti Malaysia Terengganu) baru-baru ini. Maybe ada yang tak tahu apa yang fatin buat kan. So, untuk makluman semua fatin kan ada buat dropship tudung, dengan I_Manishijab tu lah. So, kebetulan dyeorang pun nak bukak booth dan perlukan pembantu. Fatin joinlah. Lagipun UniSZA kan sebelah UMT je. Dekat sangat ulang alik je. Hehe..😄😄😄

Seronok tau.. Bukak booth pastu jual pelbagai jenis tudung. Semuanya yang patuh syariah. 😊
Ada yang tanya tak penat ke? Tak kekok ke? Penat tu susah semestinya. Dari 10 pagi sampailah ke 11 malam. Lebih kurang camtulah. Boleh je nak balik awal dalam pukul 10 malam camtu, tapi yelah waktu tengah kemuncak, style budak-budak U plak jenis suka keluar lewat malam, memang time gitew la booth penuh orang. Penuh dengan akak-akak manis yang sibuk duk cari tudung.…

Episod 6 - Doanya terjawab sudah!

Alhamdulillah.. begitu lama penantiannya. Dan penantian itu satu penyeksaan bukan. Bukannya tidak mahu diluah, hanya Allah swt mengetahui sejauh mana rasa ini. Namun, reda si ayah seringkali bermain di fikiran. Mampukah hal ini dibawa berbincang? Mampukah Aisyah berhadapan dengan ayahnya? Menyatakan rasa yang selama ini dipendam. Allahurabbi.. Berat bila memikirkan soal hati, saat hati mula suka, menyimpan rasa, si ayah pula menyatakan syaratnya. “Ayah taknak anak-anak ayah berkahwin dengan orang negeri…!” tegas si ayah. Sebaliknya pula yang terjadi. Siapa mampu melawan takdir, rasa ini sudah mula hadir dalam diri Aisyah. Tidak disangka-sangka, si dia yang diminati berasal dari negeri itu. Kenapa? Kenapa hal ini perlu terjadi? Andai saja dia bukan berasal dari sana, sudah lama Aisyah meluahkan rasa ini pada si ayah. Biar dia memahami sejauh mana kesungguhan si anak. Dari pandangan orang luar, kenapa perkara mudah sebegitu perlu menjadi syarat utama bagi si ayah? Tidak logik dek akal!…