Langkau ke kandungan utama

Jangan G0poh Sangat!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum sahabat-sahabat Fillah semua. Kaifahalukum jamii'an? Moga kalian semua dalam rahmat dan barakahNya sentiasa ^_^
Kali ini saya kembali menc0retkan 'peringatan' yang disampaikan oleh papa saya baru-baru ini!! Nak tahu macam mana saya boleh dapat peringatan ini??? Haa... Al-kisahnya begini!

Rutin saya, kalau ingin adakan sesuatu @ mahukan sesuatu, pasti merujuk kepada papa terlebih dahulu... Kadang-kadang mama juga tidak terlepas sebagai tempat rujukan saya. Tunjuk ajar & nasihat dari mereka sememangnya banyak membantu saya mengharungi segala 0nak duri yang hadir. Jadi, hari tu saya ada bagitahu papa tentang niat saya dan sahabat2 saya untuk mengadakan satu pr0gram yang melibatkan 'remaja sek0lah & luar sekolah'.Namun setelah mendengar penjelasan saya tentang pr0g. yang ingin diadakan tuu, papa terus bersuara, "Niat al0ng gan kengkawan tu dah baik. Cuma, jangan g0poh sangat!!! Maksud papa fikirkan dulu baik buruk yang akan tiba. Jangan melulu nak terus buat. Kadang-kadang benda baik yang kita nak buat pun boleh jadi tak baik bila kita g0poh! Ibaratnya macam nie, al0ng berada pada satu jalan yang lurus dan ingin menuju ke suatu destinasi, kalau diikutkan jalan tu dah lurus dan al0ng boleh bergerak tanpa bersusah payah lagi, cuma perlu ikut sahaja jalan tuu...Namun, disebabkan sikap al0ng yang g0poh dan tidak berhati-hati, al0ng pun terkeluar dari jalan yang lurus tu semasa bergerak!"

Tersentap saya bila mendengar penjelasan dari papa tuu...
Mana taknya, lepas dengar tu baru la saya perasaan dan sedar bahwa semua perkara yang kita nak buat mestilah ada perancangan yang rapi terlebih dahulu! Dan barulah perkara tersebut akan berjalan dengan lancar ataupun sm0oth sahaja... Tersenyum dan mengangguk sahaja saya masa tuu.ehehe... Ingatkan dah habis pesan papa, tapi lepas saya angguk tu dia sambung lagi, "Papa faham...anak2 muda zaman sekarang nie memang macam tuu,semua benda nak buat, nak try! Tapi kena ingat, macam mana sekalipun mesti 'fikir' dahulu impak yang bakal diper0leh di kemudian hari....P0sitive 0r negatif! faham...?" Saya pun apa lagi, terus mengangguk2 tanda faham...

Begitulah al-kisahnya! Itulah manusiakan, kadang-kadang kita terus buat keputusan tanpa fikirkan baik buruknya terlebih dahulu... Lepas dah jadi sesuatu keputusan, baru nak menyesal.! Emm...patut la ada kata pepatah yg berbunyi "Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna lagi".

Semoga kita semua mampu mengambil ibrah (pengajaran) daripada apa yang berlaku ini...Dan, lepas nie kita  mesti 'think first' bef0re do something, 0key3!!!

Salam ukhuwwah dari saya :)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Bismillahirrahmanirrahim...
Melihat kepada suasana di sekeliling & telatah anak-anak remaja seusia dengan saya, saya mula mencari sesuatu sebagai sistem s0kongan (supp0rt system) dan juga persekitaran (biah) yang dapat membantu diri saya untuk terus istiqamah dalam bermujahadah mencari reda Ilahi... Pencarian saya bermula di bumi 'SHAMS' (gelaran bagi sek0lah menengah saya) dan di situ jugalah atas takdir Allah (melalui peranan yang dimainkan oleh seni0r-seni0r), saya menjumpainya...
AlhamduliLlah... N0w, I'm already in l0ve with it. Bila dah jatuh cinta semuanya Indahkan.Jadi, macam tu lah apa yang saya rasa dengan 'Tarbiyah'. Melalui tarbiyah saya pelajari segala-galanya termasuklah mengenal siapa itu Al-Khaliq, mengetahui siapa diri saya yang sebenarnya, tujuan saya hidup dan tali (ikatan) ukhwah. "Tarbiyah, apa maksud tarbiyah tu? " mesti ada yang tertanya-tanya kan. Meh snie nak habaq mai... Mengikut ensiklopedia, tarbiyah berasal dari bahasa Ar…

Pengalaman jaga booth, jual tudung

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua...

Sebelum ni fatin ada janji nak cerita pasal pengalaman sepanjang bersama team Hijabmanis ataupun nama barunya sekarang adalah I_Manishijab di UMT (Universiti Malaysia Terengganu) baru-baru ini. Maybe ada yang tak tahu apa yang fatin buat kan. So, untuk makluman semua fatin kan ada buat dropship tudung, dengan I_Manishijab tu lah. So, kebetulan dyeorang pun nak bukak booth dan perlukan pembantu. Fatin joinlah. Lagipun UniSZA kan sebelah UMT je. Dekat sangat ulang alik je. Hehe..😄😄😄

Seronok tau.. Bukak booth pastu jual pelbagai jenis tudung. Semuanya yang patuh syariah. 😊
Ada yang tanya tak penat ke? Tak kekok ke? Penat tu susah semestinya. Dari 10 pagi sampailah ke 11 malam. Lebih kurang camtulah. Boleh je nak balik awal dalam pukul 10 malam camtu, tapi yelah waktu tengah kemuncak, style budak-budak U plak jenis suka keluar lewat malam, memang time gitew la booth penuh orang. Penuh dengan akak-akak manis yang sibuk duk cari tudung.…

Episod 6 - Doanya terjawab sudah!

Alhamdulillah.. begitu lama penantiannya. Dan penantian itu satu penyeksaan bukan. Bukannya tidak mahu diluah, hanya Allah swt mengetahui sejauh mana rasa ini. Namun, reda si ayah seringkali bermain di fikiran. Mampukah hal ini dibawa berbincang? Mampukah Aisyah berhadapan dengan ayahnya? Menyatakan rasa yang selama ini dipendam. Allahurabbi.. Berat bila memikirkan soal hati, saat hati mula suka, menyimpan rasa, si ayah pula menyatakan syaratnya. “Ayah taknak anak-anak ayah berkahwin dengan orang negeri…!” tegas si ayah. Sebaliknya pula yang terjadi. Siapa mampu melawan takdir, rasa ini sudah mula hadir dalam diri Aisyah. Tidak disangka-sangka, si dia yang diminati berasal dari negeri itu. Kenapa? Kenapa hal ini perlu terjadi? Andai saja dia bukan berasal dari sana, sudah lama Aisyah meluahkan rasa ini pada si ayah. Biar dia memahami sejauh mana kesungguhan si anak. Dari pandangan orang luar, kenapa perkara mudah sebegitu perlu menjadi syarat utama bagi si ayah? Tidak logik dek akal!…