Langkau ke kandungan utama

Tunjukkan Aku Cara Memeluk Islam


Walaupun (c0py & paste),sem0ga ianya menjadi pengajaran buat kita semua...
Bismillahirrahmanirrahim...

Tersentuh hati saya mendengar satu kisah benar diradio ikim petang semalam. Kisah seorang imam di Barat, yang menceritakan tentang pengalamannya.

Suatu hari ketika dia berada disebuah masjid, dia didatangi oleh seorang lelaki yang berbadan besar, rambutnya yang panjang itu diikat kebelakang, pakaiannya yang tidak ubah seperti seorang gangster itu basah dengan peluh dibadannya.

Lelaki itu lalu berkata, "Tunjukkan aku cara untuk ku memeluk islam?"
Lalu imam itu bertanya,"siapakah kamu?". Lalu dijawbnya,"aku Carlos.


Tunjukkan aku cara untuk aku menjadi seorang muslim?". Lalu imam tersebut pun mengislamkn lelaki tersebut. Berkali-kali dan betapa susahnya untuk dia mengucapkan kalimah syahadah, akhirnya berjaya diislamkan oleh imam tersebut.

Lalu bertanya imam tersebut,"Apakah yang membuatmu ingin memeluk Islam?".

Jawab Carlos, Aku sebenarnya langsung tidak tahu apakah itu Islam. Aku cuba mencari kebenaran didalam hidupku yang kosong.

Satu hari aku bermimpi cahaya datang kepadaku dan aku mendengar suara berkata, "Carlos, sekiranya engkau inginkan kebenaran, kamu masuklah Islam". Lalu aku terjaga. Aku anggap ianya hanya mimpi.

Keesokannya aku bermimpi yang sama. pada kali ini, cahayanya lebih terang dan suara itu lebih kuat sehingga aku tersentak lalu terjaga dari tidur.

Oleh itu hari ini aku mencari dimanakah tempat untuk aku menjadi seorang muslim".

Kemudian Carlos berkata lagi," Apakah yang perlu aku lakukan seterusnya?".Imam itu pun berkata,"

Pergilah bersihkan badanmu terlebih dahulu". Lalu Carlos membuka bajunya untuk membersihkan badannya. Lalu imam itu dapat melihat penuh tatu salib pada badan Carlos.

Sejurus selepas itu azan.... berkumandang... lalu imam bersiap sedia untuk menunaikan solat.

Lalu berkata Carlos ,"Apakah yang kamu sedang lakukan?". imam itu pun berkata,"Aku hendak solat, kamu duduk sahaja dihujung sana". Carlos pun berkata," Aku ingin solat, tetapi aku tidak tahu solat". (Mulianya Carlos walau tidak tahu lansung pasal solat dia tetap hendak solat).

Imam itu pun menjawab, "Kalau begitu, kamu berdiri dibelakangku dan ikuti sahaja pergerakanku".

Lalu Carlos pun mengikuti solat imam tersebut sehinggalah selesai solat. Imam itu dapat merasakan solat Carlos begitu tertib sekali.

Setelah beberapa lama, imam merasakan Carlos telah terlalu lama bersujud. Lalu dengan perlahan dia berbisik kepada ,"Carlos, solat sudahpun selesai".

Namun Carlos masih bersujud. Imam berbisik untuk kali kedua, "Carlos, solat sudah pun selesai".

Namun tiada respon daripada Carlos. Dengan perlahan imam itu menyentuh Carlos. Tiba2 Carlos jatuh terbaring.

Tersentak imam itu mendapati yang Carlos tidak lagi bernyawa. Allah telah pun menjemput Carlos sejurus dia memeluk Islam, dikala dia mendirikan solat pertama, didalam sujudnya yang terakhir....

Ya Allah.. betapa hidayahmu dimana-mana. Jadikanlah pengakhiran yang baik juga untukku (husnul khatimah).

Subhanallah, Allahuakbar...

P/s : MasyaAllah. Betapa beruntungnya Carlos. Alhamdulillah.
Tak kira macam mana pun permulaan seseorang, it's not the start which counts, tapi pengakhirannya yang lebih penting. Subhanallah. Semoga Allah beri kita husnul khatimah. Amin.

Ulasan

  1. salam..yank,nak tanya satu boleh?
    macam mana nak masukkan icon yang orang boleh join blog site kita & icon yang boleh share straight to fb tu ek?
    aseef tanya kat cni..(NiaQJ)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Bismillahirrahmanirrahim...
Melihat kepada suasana di sekeliling & telatah anak-anak remaja seusia dengan saya, saya mula mencari sesuatu sebagai sistem s0kongan (supp0rt system) dan juga persekitaran (biah) yang dapat membantu diri saya untuk terus istiqamah dalam bermujahadah mencari reda Ilahi... Pencarian saya bermula di bumi 'SHAMS' (gelaran bagi sek0lah menengah saya) dan di situ jugalah atas takdir Allah (melalui peranan yang dimainkan oleh seni0r-seni0r), saya menjumpainya...
AlhamduliLlah... N0w, I'm already in l0ve with it. Bila dah jatuh cinta semuanya Indahkan.Jadi, macam tu lah apa yang saya rasa dengan 'Tarbiyah'. Melalui tarbiyah saya pelajari segala-galanya termasuklah mengenal siapa itu Al-Khaliq, mengetahui siapa diri saya yang sebenarnya, tujuan saya hidup dan tali (ikatan) ukhwah. "Tarbiyah, apa maksud tarbiyah tu? " mesti ada yang tertanya-tanya kan. Meh snie nak habaq mai... Mengikut ensiklopedia, tarbiyah berasal dari bahasa Ar…

Pengalaman jaga booth, jual tudung

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua...

Sebelum ni fatin ada janji nak cerita pasal pengalaman sepanjang bersama team Hijabmanis ataupun nama barunya sekarang adalah I_Manishijab di UMT (Universiti Malaysia Terengganu) baru-baru ini. Maybe ada yang tak tahu apa yang fatin buat kan. So, untuk makluman semua fatin kan ada buat dropship tudung, dengan I_Manishijab tu lah. So, kebetulan dyeorang pun nak bukak booth dan perlukan pembantu. Fatin joinlah. Lagipun UniSZA kan sebelah UMT je. Dekat sangat ulang alik je. Hehe..😄😄😄

Seronok tau.. Bukak booth pastu jual pelbagai jenis tudung. Semuanya yang patuh syariah. 😊
Ada yang tanya tak penat ke? Tak kekok ke? Penat tu susah semestinya. Dari 10 pagi sampailah ke 11 malam. Lebih kurang camtulah. Boleh je nak balik awal dalam pukul 10 malam camtu, tapi yelah waktu tengah kemuncak, style budak-budak U plak jenis suka keluar lewat malam, memang time gitew la booth penuh orang. Penuh dengan akak-akak manis yang sibuk duk cari tudung.…

Episod 6 - Doanya terjawab sudah!

Alhamdulillah.. begitu lama penantiannya. Dan penantian itu satu penyeksaan bukan. Bukannya tidak mahu diluah, hanya Allah swt mengetahui sejauh mana rasa ini. Namun, reda si ayah seringkali bermain di fikiran. Mampukah hal ini dibawa berbincang? Mampukah Aisyah berhadapan dengan ayahnya? Menyatakan rasa yang selama ini dipendam. Allahurabbi.. Berat bila memikirkan soal hati, saat hati mula suka, menyimpan rasa, si ayah pula menyatakan syaratnya. “Ayah taknak anak-anak ayah berkahwin dengan orang negeri…!” tegas si ayah. Sebaliknya pula yang terjadi. Siapa mampu melawan takdir, rasa ini sudah mula hadir dalam diri Aisyah. Tidak disangka-sangka, si dia yang diminati berasal dari negeri itu. Kenapa? Kenapa hal ini perlu terjadi? Andai saja dia bukan berasal dari sana, sudah lama Aisyah meluahkan rasa ini pada si ayah. Biar dia memahami sejauh mana kesungguhan si anak. Dari pandangan orang luar, kenapa perkara mudah sebegitu perlu menjadi syarat utama bagi si ayah? Tidak logik dek akal!…