Langkau ke kandungan utama

Pertukaran Kiblat --->

Bismillahirrahmanirrahim...
"Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu." (surah Al-Baqarah: 148)
Semua manusia mempunyai kiblat mereka masing2 termasuklah diri kita. Ayuh! sekarang fikirkan kiblat mana yang sedang kita ikut ketika ini, kiblat Kebaikankah atau kiblat Keburukan? Semestinya kita tidak b0leh salah dalam memilih arah kiblat, kerna kiblat itulah yang membawa kita menuju tempat yang dijanjikan oleh Allah di akhirat kelak sama ada Syurga ataupun Neraka...



Jika kita belum berada pada kiblat yang betul, jangan khuatir kerna selagi kita diberi peluang menghirup udaraNya selagi itulah kita berpeluang untuk menukar arah kiblat kita. Tiada erti terlambat dalam menukarnya...Berdasarkan firman Allah:
"Sungguh orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan kepada manusia dalam kitab (Al-quran), mereka itulah yang dilaknat oleh Allah dan dilaknat pula oleh mereka yang melaknat. Kecuali mereka yang telah bertaubat, mengadakan kebaikan dan menjelaskannya, mereka itulah yang Aku terima taubatnya dan Akulah yang Maha Penerima taubat, Maha Penyayang." (surah Al-Baqarah: 159-160)
Jika masih rasa goyah pada kiblat yang benar, itu tandanya ada yang masih kurang ataupun yang tertinggal. Bersabarlah dalam mengukuhkan diri pada arah kiblat itu. Allah sentiasa ada bersama orang-orang yang beriman. Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." (surah Al-Baqarah: 153)
Jika sudah rasa selesa pada kiblat yang betul, bersyukurlah.Ucapkanlah alhamdulillah (segala puji bagi Allah) kerna Dia telah memilih kita iaitu hambanya untuk dekat denganNya.
Sebenarnya, pertukaran kiblat (kepada kebaikan) dalam diri kita itu luas iaitu merangkumi semua angg0ta badan termasuklah perubahan minda yang negatif kepada p0sitif, perubahan jiwa dari se0rang yang pemarah kepada se0rang yang lebih penyabar, perubahan hati dari sentiasa mengikut kehendak nafsu kepada menundukkan nafsu (ajar nafsu) serta perubahan mulut dari suka bercakap perkara2 k0song kepada perkara2 yang bermanfaat kepada diri dan juga orang lain.
Apabila berjaya melakukan pertukaran kiblat iaitu dari keburukan kepada kebaikan, ajarkanlah diri kita supaya istiqamah (berterusan) pula dalam melakukan perubahan itu. Perbuatan (atau amalan) kecil yang dilakukan secara istiqamah itu lebih baik dari perbuatan besar yang dikerjakan tanpa istiqamah.


Iringilah setiap perubahan yang kita lakukan itu juga dengan doa supaya Allah memeliharanya. Ini kerana Ibnu Rawahah pernah berkata kepada Abu Darda R.A:
"Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati kita lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak."
Allahurabbi...Benarlah apa yang dikatakan oleh Ibnu Rawahah itu. Kita sendiri mampu saksikan bahwa hati kita ini tidak tetap, kadang2 kita rasa nak buat baik dan kadang2 kita juga rasa nak buat jahat. Jika kita mampu melawan perasaan jahat itu, maka selamatlah diri kita daripada mengumpulkan dosa. Jika tidak...Nauzubillah. Sebab itulah pentingnya doa yang kita p0honkan kepada Allah.


Sekian...
Salam ukhuwwah wa mahabbah =) 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Bismillahirrahmanirrahim...
Melihat kepada suasana di sekeliling & telatah anak-anak remaja seusia dengan saya, saya mula mencari sesuatu sebagai sistem s0kongan (supp0rt system) dan juga persekitaran (biah) yang dapat membantu diri saya untuk terus istiqamah dalam bermujahadah mencari reda Ilahi... Pencarian saya bermula di bumi 'SHAMS' (gelaran bagi sek0lah menengah saya) dan di situ jugalah atas takdir Allah (melalui peranan yang dimainkan oleh seni0r-seni0r), saya menjumpainya...
AlhamduliLlah... N0w, I'm already in l0ve with it. Bila dah jatuh cinta semuanya Indahkan.Jadi, macam tu lah apa yang saya rasa dengan 'Tarbiyah'. Melalui tarbiyah saya pelajari segala-galanya termasuklah mengenal siapa itu Al-Khaliq, mengetahui siapa diri saya yang sebenarnya, tujuan saya hidup dan tali (ikatan) ukhwah. "Tarbiyah, apa maksud tarbiyah tu? " mesti ada yang tertanya-tanya kan. Meh snie nak habaq mai... Mengikut ensiklopedia, tarbiyah berasal dari bahasa Ar…

Pengalaman jaga booth, jual tudung

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua...

Sebelum ni fatin ada janji nak cerita pasal pengalaman sepanjang bersama team Hijabmanis ataupun nama barunya sekarang adalah I_Manishijab di UMT (Universiti Malaysia Terengganu) baru-baru ini. Maybe ada yang tak tahu apa yang fatin buat kan. So, untuk makluman semua fatin kan ada buat dropship tudung, dengan I_Manishijab tu lah. So, kebetulan dyeorang pun nak bukak booth dan perlukan pembantu. Fatin joinlah. Lagipun UniSZA kan sebelah UMT je. Dekat sangat ulang alik je. Hehe..😄😄😄

Seronok tau.. Bukak booth pastu jual pelbagai jenis tudung. Semuanya yang patuh syariah. 😊
Ada yang tanya tak penat ke? Tak kekok ke? Penat tu susah semestinya. Dari 10 pagi sampailah ke 11 malam. Lebih kurang camtulah. Boleh je nak balik awal dalam pukul 10 malam camtu, tapi yelah waktu tengah kemuncak, style budak-budak U plak jenis suka keluar lewat malam, memang time gitew la booth penuh orang. Penuh dengan akak-akak manis yang sibuk duk cari tudung.…

Episod 6 - Doanya terjawab sudah!

Alhamdulillah.. begitu lama penantiannya. Dan penantian itu satu penyeksaan bukan. Bukannya tidak mahu diluah, hanya Allah swt mengetahui sejauh mana rasa ini. Namun, reda si ayah seringkali bermain di fikiran. Mampukah hal ini dibawa berbincang? Mampukah Aisyah berhadapan dengan ayahnya? Menyatakan rasa yang selama ini dipendam. Allahurabbi.. Berat bila memikirkan soal hati, saat hati mula suka, menyimpan rasa, si ayah pula menyatakan syaratnya. “Ayah taknak anak-anak ayah berkahwin dengan orang negeri…!” tegas si ayah. Sebaliknya pula yang terjadi. Siapa mampu melawan takdir, rasa ini sudah mula hadir dalam diri Aisyah. Tidak disangka-sangka, si dia yang diminati berasal dari negeri itu. Kenapa? Kenapa hal ini perlu terjadi? Andai saja dia bukan berasal dari sana, sudah lama Aisyah meluahkan rasa ini pada si ayah. Biar dia memahami sejauh mana kesungguhan si anak. Dari pandangan orang luar, kenapa perkara mudah sebegitu perlu menjadi syarat utama bagi si ayah? Tidak logik dek akal!…