Langkau ke kandungan utama

Our Way To Jannah!

Bismillahirrahmanirrahim...
Pers0alan pertama yang perlu kita tanya pada diri kita bila bercakap tentang syurga adalah "Macam mana untuk aku ke sana?"
Bila dah tanya barulah dapat jawapannya kan...Jawapannya adalah dengan daya USAHA kita sendiri!!! Sememangnya Allah yang menetapkan segala apa yang berlaku di dunia ini. Namun, kita kena ingat mengapa Allah jadikan manusia itu berakal dan tidak seperti binatang. Akal itu Allah jadikan supaya kita mampu berfikir agar apa yang kita ingin lakukan itu tidak memudaratkan diri. Berdasarkan firman Allah :
"Maka apakah orang yang mengetahui bahwa apa yang diturunkanTuhan kepadamu adalah kebenaran, sama dengan orang yang buta? Hanya orang berakal saja yang dapat mengambil pengajaran."
(surah Ar-Ra'd:19)
C0ntohnya, semasa kita keluar dari satu kedai runcit, tiba2 hujan turun dengan lebatnya. Lalu pilihan yang ada di tangan kita hanyalah 3 cara iaitu tunggu di dalam kedai sampai habis hujan, redah jee hujan tu ataupun pinjam payung dari tuan kedai & gunakannya untuk lindung diri dari dibasahi hujan...
Pengajarannya, sememangnya Allah yang takdirkan hujan itu turun. Tetapi Allah masih beri kita peluang untuk berfikir dan berusaha mencari jalan penyelesaian yang baik untuk tidak memudaratkan diri dibasahi hujan yang lebat itu. Semuanya terpulang kepada diri kita yang membuat keputusan. Baik keputusan kita, insyaAllah baik juga takdir yang Allah akan tetapkan buat kita. Jika sebaliknya...Nauzubillah.
Walaupun ramai orang baik ada di sisi kita, namun itu tidak menjamin diri kita untuk berkelakuan baik seperti mereka dan masuk syurga bersama mereka. Jika kita tetap berperangai buruk & melakukan perkara2 yang dimurkai Allah, itu sememangnya satu kerugian yang besar buat kita yang sudah dikurniakan akal ini.
Kita sendiri yang perlu mainkan peranan yang besar untuk berusaha menjaga hati dan angg0ta2 badan yang lain agar tidak terjerumus melakukan perbuatan2 yang tidak el0k. Sesuai dengan firman Allah :
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." (surah Ar-Ra'd: 11)
Kerna itu juga kita tidak boleh menyalahkan Allah atas apa yang berlaku. Tetapi sekarang ini, ada juga di kalangan manusia ini menyalahkan Allah atas apa yang berlaku. C0ntohnya bila kita tegur orang yang buat salah, lalu mereka menjawab, "Segala apa kejahatan yang aku buat nie memang Allah dah takdirkan." Jadi, apa pula resp0n yang harus kita berikan bagi jawapan mereka itu? Biarkan jee mereka dengan berfikiran sebegitu?
Allahuakbar...sudah tentu kita perlu beri penjelasan yang tepat bagi mereka agar mampu mengubah persepsi mereka itu. Itu merupakan satu tanggungjawab bagi kita untuk bawa kembali manusia2 seperti itu mengenal apa itu takdir dan juga erti Usaha yang sebenarnya...
Lihatlah, semuanya itu bergantung pada diri kita. Saya yakin kita semua sudah tahu bahwa untuk ke Syurga kita perlukan pahala kan. Dan untuk dapatkan pahala, kita perlu lakukan amal kebaikan. Jadi untuk melakukannya kita perlu berUsaha melawan hasutan2 syaitan & juga hawa nafsu yang sentiasa cuba mempengaruhi diri kita. Firman Allah : "Dan orang yang sabar kerana mengharap keredaan TuhanNya, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). Iaitu syurga-syurga 'Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang soleh dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu." (surah Ar-Ra'd: 22-23)

 Battle y0ur way to Jannah!!!

Syukran 4 reading this =)

Ulasan

  1. subhanallah.. alhamdulillah...
    Jannah, may we all meet there one day. insyaAllah
    pengisian yg bermanfaat.. mabruk ^_^

    BalasPadam
  2. insyaAllah...sama2 mujahadah
    syukran krn sudi baca... n_n

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Bismillahirrahmanirrahim...
Melihat kepada suasana di sekeliling & telatah anak-anak remaja seusia dengan saya, saya mula mencari sesuatu sebagai sistem s0kongan (supp0rt system) dan juga persekitaran (biah) yang dapat membantu diri saya untuk terus istiqamah dalam bermujahadah mencari reda Ilahi... Pencarian saya bermula di bumi 'SHAMS' (gelaran bagi sek0lah menengah saya) dan di situ jugalah atas takdir Allah (melalui peranan yang dimainkan oleh seni0r-seni0r), saya menjumpainya...
AlhamduliLlah... N0w, I'm already in l0ve with it. Bila dah jatuh cinta semuanya Indahkan.Jadi, macam tu lah apa yang saya rasa dengan 'Tarbiyah'. Melalui tarbiyah saya pelajari segala-galanya termasuklah mengenal siapa itu Al-Khaliq, mengetahui siapa diri saya yang sebenarnya, tujuan saya hidup dan tali (ikatan) ukhwah. "Tarbiyah, apa maksud tarbiyah tu? " mesti ada yang tertanya-tanya kan. Meh snie nak habaq mai... Mengikut ensiklopedia, tarbiyah berasal dari bahasa Ar…

Pengalaman jaga booth, jual tudung

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua...

Sebelum ni fatin ada janji nak cerita pasal pengalaman sepanjang bersama team Hijabmanis ataupun nama barunya sekarang adalah I_Manishijab di UMT (Universiti Malaysia Terengganu) baru-baru ini. Maybe ada yang tak tahu apa yang fatin buat kan. So, untuk makluman semua fatin kan ada buat dropship tudung, dengan I_Manishijab tu lah. So, kebetulan dyeorang pun nak bukak booth dan perlukan pembantu. Fatin joinlah. Lagipun UniSZA kan sebelah UMT je. Dekat sangat ulang alik je. Hehe..😄😄😄

Seronok tau.. Bukak booth pastu jual pelbagai jenis tudung. Semuanya yang patuh syariah. 😊
Ada yang tanya tak penat ke? Tak kekok ke? Penat tu susah semestinya. Dari 10 pagi sampailah ke 11 malam. Lebih kurang camtulah. Boleh je nak balik awal dalam pukul 10 malam camtu, tapi yelah waktu tengah kemuncak, style budak-budak U plak jenis suka keluar lewat malam, memang time gitew la booth penuh orang. Penuh dengan akak-akak manis yang sibuk duk cari tudung.…

Episod 6 - Doanya terjawab sudah!

Alhamdulillah.. begitu lama penantiannya. Dan penantian itu satu penyeksaan bukan. Bukannya tidak mahu diluah, hanya Allah swt mengetahui sejauh mana rasa ini. Namun, reda si ayah seringkali bermain di fikiran. Mampukah hal ini dibawa berbincang? Mampukah Aisyah berhadapan dengan ayahnya? Menyatakan rasa yang selama ini dipendam. Allahurabbi.. Berat bila memikirkan soal hati, saat hati mula suka, menyimpan rasa, si ayah pula menyatakan syaratnya. “Ayah taknak anak-anak ayah berkahwin dengan orang negeri…!” tegas si ayah. Sebaliknya pula yang terjadi. Siapa mampu melawan takdir, rasa ini sudah mula hadir dalam diri Aisyah. Tidak disangka-sangka, si dia yang diminati berasal dari negeri itu. Kenapa? Kenapa hal ini perlu terjadi? Andai saja dia bukan berasal dari sana, sudah lama Aisyah meluahkan rasa ini pada si ayah. Biar dia memahami sejauh mana kesungguhan si anak. Dari pandangan orang luar, kenapa perkara mudah sebegitu perlu menjadi syarat utama bagi si ayah? Tidak logik dek akal!…