Langkau ke kandungan utama

Muslim Dari Sudut Akhlak

Bismillahirrahmanirrahim...
Kemuliaan akhlak merupakan matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana yang ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w tentang tujuan pengutusan baginda:
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak."
Firman Allah lagi:
"Bukanlah menghadap wajah kamu ke arah timur dan barat itu suatu kebaktian akan tetapi kebaktian itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa." (Surah Al-Baqarah 2:177)
Kemuliaan akhlak juga adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah buah dari keimanannya. Adalah tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak. Berhubung dengan hal inilah Rasulullah s.a.w menyatakan:
"Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan." (HR.Al-Dailami)
Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti. Oleh itu, sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik." (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)
Di dalam Islam akhlak yang mulia itu lahir sebagai hasil dari berbagai ibadah yang dilakukan.Tanpa hasil ini, tinggallah ibadah-ibadah itu sebagai upacara dan gerak-geri yang tidak punya apa-apa nilai dan tidak membawa apa-apa faedah. Berhubung dengan sembahyang misalnya Allah s.w.t menyebut di dalam Al-Quran:
"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari berbuat perkara jahat dan mungkar."
Rasulullah s.a.w menjelaskan hal ini dengan sabdanya:
 "Sesiapa yang sembahyang (tetapi) tidak dapat mencegah (dirinya) dari berbuat keji dan mungkar, ia akan bertambah jauh dari Allah." (HR. Thabrani)
Berhubung dengan ibadah haji pula Allah s.w.t berfirman:
"Musim haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi. Barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji maka tidak boleh rafas, berbuat fasik dan berbantah-bantah dalam masa mengerjakan haji." (Surah Al-Baqarah 2:197)
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang telah sempurna menunaikan haji tanpa melakukan rafas den berbuat fasik, (bererti) ia kembali (dalam keadaan suci bersih) sebagaimana hari ia dilahirkan oleh ibunya." (Muttafaqun 'alaihi)
Ayuh sahabat2 semua,
kita sama2 perbaiki akhlak kita agar mampu menjadi seorang Muslim yang benar. Dengan kemuliaan akhlak yang kita bina, kita juga dapat menggambarkan kepada orang bukan Islam bahawa agama Islam ini adalah agama yang indah yang mengajar manusia menjadi individu yang baik serta berguna kepada orang di sekelilingnya juga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Bismillahirrahmanirrahim...
Melihat kepada suasana di sekeliling & telatah anak-anak remaja seusia dengan saya, saya mula mencari sesuatu sebagai sistem s0kongan (supp0rt system) dan juga persekitaran (biah) yang dapat membantu diri saya untuk terus istiqamah dalam bermujahadah mencari reda Ilahi... Pencarian saya bermula di bumi 'SHAMS' (gelaran bagi sek0lah menengah saya) dan di situ jugalah atas takdir Allah (melalui peranan yang dimainkan oleh seni0r-seni0r), saya menjumpainya...
AlhamduliLlah... N0w, I'm already in l0ve with it. Bila dah jatuh cinta semuanya Indahkan.Jadi, macam tu lah apa yang saya rasa dengan 'Tarbiyah'. Melalui tarbiyah saya pelajari segala-galanya termasuklah mengenal siapa itu Al-Khaliq, mengetahui siapa diri saya yang sebenarnya, tujuan saya hidup dan tali (ikatan) ukhwah. "Tarbiyah, apa maksud tarbiyah tu? " mesti ada yang tertanya-tanya kan. Meh snie nak habaq mai... Mengikut ensiklopedia, tarbiyah berasal dari bahasa Ar…

Pengalaman jaga booth, jual tudung

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua...

Sebelum ni fatin ada janji nak cerita pasal pengalaman sepanjang bersama team Hijabmanis ataupun nama barunya sekarang adalah I_Manishijab di UMT (Universiti Malaysia Terengganu) baru-baru ini. Maybe ada yang tak tahu apa yang fatin buat kan. So, untuk makluman semua fatin kan ada buat dropship tudung, dengan I_Manishijab tu lah. So, kebetulan dyeorang pun nak bukak booth dan perlukan pembantu. Fatin joinlah. Lagipun UniSZA kan sebelah UMT je. Dekat sangat ulang alik je. Hehe..😄😄😄

Seronok tau.. Bukak booth pastu jual pelbagai jenis tudung. Semuanya yang patuh syariah. 😊
Ada yang tanya tak penat ke? Tak kekok ke? Penat tu susah semestinya. Dari 10 pagi sampailah ke 11 malam. Lebih kurang camtulah. Boleh je nak balik awal dalam pukul 10 malam camtu, tapi yelah waktu tengah kemuncak, style budak-budak U plak jenis suka keluar lewat malam, memang time gitew la booth penuh orang. Penuh dengan akak-akak manis yang sibuk duk cari tudung.…

Episod 6 - Doanya terjawab sudah!

Alhamdulillah.. begitu lama penantiannya. Dan penantian itu satu penyeksaan bukan. Bukannya tidak mahu diluah, hanya Allah swt mengetahui sejauh mana rasa ini. Namun, reda si ayah seringkali bermain di fikiran. Mampukah hal ini dibawa berbincang? Mampukah Aisyah berhadapan dengan ayahnya? Menyatakan rasa yang selama ini dipendam. Allahurabbi.. Berat bila memikirkan soal hati, saat hati mula suka, menyimpan rasa, si ayah pula menyatakan syaratnya. “Ayah taknak anak-anak ayah berkahwin dengan orang negeri…!” tegas si ayah. Sebaliknya pula yang terjadi. Siapa mampu melawan takdir, rasa ini sudah mula hadir dalam diri Aisyah. Tidak disangka-sangka, si dia yang diminati berasal dari negeri itu. Kenapa? Kenapa hal ini perlu terjadi? Andai saja dia bukan berasal dari sana, sudah lama Aisyah meluahkan rasa ini pada si ayah. Biar dia memahami sejauh mana kesungguhan si anak. Dari pandangan orang luar, kenapa perkara mudah sebegitu perlu menjadi syarat utama bagi si ayah? Tidak logik dek akal!…