Mundur ke Hadapan, Maju ke Belakang

Siapa yang mundur ke hadapan?
Dan siapa pula yang maju ke belakang?
Antara pers0alan yang bakal bermain di fikiran kita semua...
Jawapannya, 'siapa' yang dimaksudkan itu sudah tentulah manusia pada zaman kini.
Jadi timbullah pula pers0alan...
Mengapa mereka?
Apa yang manusia buat sehingga mereka maju ke belakang? Sedangkan apa yang kita semua lihat hari ini, manusia sudah mula maju ke hadapan...
Ya! Mereka memang sudah mula maju ke hadapan...Tetapi, itu melalui luaran sahaja yang kebanyakannya melibatkan tekn0logi (kemahiran) serta kebendaan. Tanpa mereka sedari akhlak/perilaku mereka semakin maju ke belakang seakan-akan seperti zaman jahiliah...
Sebelum pergi lebih jauh, ayuh kita sama2 fahami terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan jahiliah. Dari segi istilah, jahiliah membawa maksud kekufuran, keangkuhan dan kebodohan dari segi ilmu pengetahuan kerana golongan Arab Jahiliah tidak ramai yang tahu membaca dan menulis yang merupakan asas kepada ilmu pengetahuan. Keadaaan buta huruf dikalangan masyarakat Arab ketika itu adalah amat berleluasa. Dengan ketiadaan nabi dan kitab suci yang boleh menjadi petunjuk, mereka menjadi lebih sesat dan tidak berakhlak. Mereka hanya dipandu oleh akal & nafsu semata2. Disebabkan hal itu, timbullah perilaku2 yang tidak el0k dalam masyarakat Arab Jahiliah seperti membunuh anak perempuan, pergaduhan dan peperangan, pelacuran dan zina, yang berkuasa menindas, yang lemah diperhamba, tiada keadilan dan pembelaan serta tiada sistem hidup yang teratur.
Itu semuanya terjadi pada zaman jahiliah. Jadi, sekarang kita lihat kembali pada zaman m0den ini. Ada atau tidak perilaku2 pada zaman jahiliah yang dilakukan kembali atau diulangi oleh manusia pada zaman kini?
Ada! Sudah tentu ramai yang memberikan jawapan tersebut...
Kita tidak perlu memandang jauh, di Malaysia pun kita dah dapat lihat bahwa akhlak manusia sedikit demi sedikit berubah seakan-akan seperti zaman jahiliah. Ker0sakan akhlak ini juga turut melibatkan umat Islam terutamanya dalam kalangan anak2 muda Islam.
B0leh dikatakan hampir setiap hari di dada2 akhbar, tv dan c0r0ng2 radio yang menceritakan tentang kes pengguguran & pembunuhan bayi, pergaulan bebas dlm kalangan anak2 muda, penderaan kanak2, ayah mer0gol anak gadis sendiri, anak membunuh bapa dan sebagainya. Jika pada zaman jahiliah, masyarakat jahiliah hanya menanam bayi mereka hidup2, namun pada zaman kini, anak luar nikah yang dilahirkan diperlakukan dengan lebih teruk seperti dibakar, dicampak dari tempat yang tinggi, dibuang ke dalam t0ng sampah serta sungai.
Perlakuan manusia2 ini lebih hina daripada perlakuan masyarakat jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Astargfirullahalazim ... ...







Apa d0sa anak2 kecil ini sampai mereka diperlakukan sebegini???
Marilah kita sama2 merenung kembali ke dalam diri kita...
Mengapa sampai begini hancurnya akhlak masyarakat kita pada hari ini?
Adakah kita akan biarkan ker0sakan akhlak ini berterusan sehingga dijadikan tradisi oleh generasi yang akan datang?
Adakah akhlak sebegini yang kita banggakan?
Lupakah kita bahwa kita ada Allah yang mengawasi setiap kelakuan hamba-hambaNya?
Lupakah kita pada ajaran Rasulullah s.a.w yang sebenarnya?
Lupakah kita pada ayat-ayat cinta dan suruhan dari Allah di dalam Al-Quran?
Layakkah kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w dengan situasi hidup sebegini?
Sebagai umat Islam, yang status agamanya bukan hanya di kad pengenalan tetapi juga utuh dalam diri, sudah tentu kita tidak rela dengan ker0sakan2 yang terjadi ini!
Kita mesti sedar bahwa ini semua terjadi disebabkan keengganan kita mengamalkan ajaran Islam sebagai panduan hidup, kurang kefahaman agama, mudah dipengaruhi unsur2 luar yang negatif serta terlalu melihat kepada kemewahan dunia hingga lupa pada kesenangan yang kekal abadi di akhirat kelak.
Setelah mengetahui sebab2nya, langkah2 untuk membendungnya juga mesti kita lakukan seperti mendalami & mengamalkan ajaran Islam (kuatkan dalaman), saling ingat-mengingati tentang keburukan ker0sakan akhlak (antara masyarakat/keluarga), mem0hon keampunan kepada Allah, melakukan suruhan serta meninggalkan laranganNya.
Sahabat2 yang dikasihi kerana Allah...
Ayuh sama2 kita tanamkan dalam diri untuk berubah menjadi yang lebih baik dari sebelum ini. Biar kita maju ke hadapan dalam semua aspek termasuklah dari segi akhlak kita. Jadikan diri kita sebagai contoh yang terbaik bagi keluarga, rakan2 serta masyarakat. Sememangnya ingin berubah itu susah, saya juga pernah melalui situasi seperti kalian dimana bila ingin berubah, mesti ada mulut2 yang mengata atau ada yang tidak selesa dengan perubahan yang kita lakukan. Biarkan sahaja apa yang berlaku, anggaplah ianya ujian dari Allah kepada kita bagi melihat sejauh mana kesungguhan kita untuk kembali padaNya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Kesunyian Itu Tarbiyah Buat Diri...

Tiga Golongan Manusia