HIJRAH Permulaan Segalanya

Salam Maal Hijrah 1434 buat sahabat2 yang dikasihi kerana Allah...
Apa khabar antum semua? Sem0ga sentiasa sihat luaran & dalamannya.
Alhamdulillah...Sama2 kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerna kita semua masih lagi diberi peluang untuk bernafas pada tahun baru ini. Dengan peluang yang diberikan, ayuh kita semua buka Lembaran Baru/Buku Baru dalam kehidupan kita untuk berhijrah (berubah) menjadi lebih baik dari tahun2 sebelum ini. Sesuailah dengan hakikat hijrah itu sendiri iaitu melaksanakn perintah Allah dengan meninggalkan kedurhakaan kepadaNya serta meninggalkan larangan-laranganNya. Jika ada niat kita yang masih tertangguh pada tahun sebelum ini, jangan risau...Teruskan niat murni tersebut, teruskan bermujahadah untuk merealisasikannya. Pastikan juga perubahan yang kita lakukan itu niatnya lillahi Taala dan bukannya untuk mengharapkan pujian serta sanjungan dari orang lain.
Sabda Nabi s.a.w :
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dengan niat." (HR.Bukhari & Muslim)
Hadis tersebut telah menjelaskan bahawa semua perbuatan dan ucapan sese0rang itu adalah berdasarkan kepada niat. Definisi niat ialah lintasan hati untuk menyengajakan berbuat sesuatu yang disusuli dengan perbuatannya dan letaknya tempat niat adalah di dalam hati ( النية محلها القلب ). Setiap perbuatan tidak akan dianggap benar, sempurna dan diterima (maqbul) di sisi Allah kecuali berdasarkan niat yang benar.
Subhanallah...lihatlah betapa besarnya fungsi niat itu.
Kesemua penghijrahan yang ingin dilakukan mestilah disertakan dengan kesungguhan (semangat jihad), kesabaran (iman) & strategi yang betul. Peng0rbanan yang tinggi juga diperlukan bagi melaksanakan 3 asas tersebut dan dengannya, insyaAllah penghijrahan yang dilakukan akan menemui kejayaan...
Selain itu, kisah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w bersama para sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah mestilah turut dijadikan iktibar bagi kita semua. Melalui penghijrahan tersebut, kita dapat lihat peng0rbanan yang dilakukan oleh para sahabat antaranya Abu Bakar (menemani Rasulullah ketika berhijrah) dan Ali bin Abi Talib (tidur di tempat Nabi s.a.w untuk memb0lehkan Nabi s.a.w berhijrah), pembinaan masjid pertama iaitu Masjid Quba & juga persaudaraan antara kaum Muhajirin (penduduk yang berhijrah) dan kaum Ansar (penduduk tetap Madinah).
“Seorang mukmin dengan mukmin lainnya bagaikan bangunan yang kukuh, saling menguatkan satu sama lain." Beginilah diibaratkan persaudaraan antara kaum Muhajirin & kaum Ansar. Kaum Ansar sanggup berk0rban dan memberikan apa sahaja keperluan yang diperlukn oleh kaum Muhajirin termasuklah harta, isteri, makanan dan sebagainya.
Saban tahun kita didedahkan dengan peristiwa Hijrah Rasulullah yang penuh dengan kegigihan, kecekalan dan kesantunan. Semoga kisah ini menjadi bekalan kita untuk berhijrah menuju kehidupan yang berasaskan Iman, Islam dan Ihsan sebagai usaha mencontohi apa yang telah dicontohkan Rasulullah s.a.w.
Sahabat2 yang dikasihi kerana Allah...
sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar,
ingatlah Allah s.w.t sentiasa ada,
dan tak pernah tinggalkan kita,
Dia tunggu, Dia rindu...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Kesunyian Itu Tarbiyah Buat Diri...

Ahmad Ammar Ahmad Azam