Dia Muhammad (Amalan Sunnah)

Bismillahirrahmanirrahim...

Muhammad ya Rasulullah,
Sungguh mulianya pekertimu,
Sinar bercahaya di wajahmu,
Kaulah Nabi kekasih Allah,
Kau jadi insan pilihan...
Demi umat rela berkorban,
Jiwa dan raga kau taruhkan,
Demi Tuhan kau tempuhi dugaan dan cabaran.
Subhanallah...Lihatlah pengorbanan dari kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. Bagindalah yang menyinari kegelapan zaman jahiliah menjadi cahaya dengan sinar Islam serta membebaskan derita umat menjadi bahagia. Jasa Nabi Muhammad s.a.w amatlah besar dalam menyebarkan agama Islam sehinggakan agama Islam itu tersebar ke suluruh dunia & dikenali sehingga hari ini. Baginda juga amat menyayangi umatnya. Buktinya:
"Pada suatu hari, Nabi s.a.w pulang awal ke rumah. Saidatina Aisyah duduk berdekatan dengan Rasulullah. Rasulullah tahu bahwa Aisyah inginkan sesuatu. Lalu Aisyah memberitahu, "Rasulullah, Engkau doakan diriku ini." Lalu Rasullah s.a.w berdoa, "Ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosa Aisyah yang lepas dan yang akan datang, amin." Apabila Aisyah mendengar doa tersebut, Aisyah berasa terlalu gembira. Nabi s.a.w bertanya, "Kenapa Engkau terlalu gembira?" Saidatina Aisyah, "Aku sungguh gembira kerana dosa-dosaku diampunkan oleh Allah. Dosa-dosa lalu dan juga dosa yang akan datang. Sudah tentu aku akan masuk syurga." Nabi s.a.w berkata, "Jika Engkau ingin tahu, doa ini aku akan selalu baca untuk mendoakan umatku agar diampunkan dosa-dosa mereka yang lepas dan juga dosa-d0sa yang akan datang setelah selesai solat-solat yang aku lakukan."
Subhanallah...Inilah jasa Rasulullah s.a.w kepada kita. Bayangkan...Rasulullah s.a.w sentiasa menunaikan solat fardu, solat sunat pada malam hari dan doa itu akan selalu dibaca oleh Rasulullah. Indahnya peng0rbanan baginda...
Jadi, apa pula pengorbanan kita sebagai umatnya? Adakah kita hanya berdiam diri, tidak melakukan amalan2 yang diajarkan oleh Rasulullah kepada kita?
Sahabat2 yang dikasihi kerna Allah...
Ayuh sama2 kita melatih diri agar sentiasa melakukan sunnah2 Rasulullah. Walaupun ianya hanya amalan2 sunnah, namun itulah yang akan menyelamatkan timbangan kita di akhirat kelak setelah habis amalan2 fardu dihitung.
Justeru, berazamlah untuk kita mencuba mengamalkannya sedaya mampu kita. Kesungguhan dan mujahadah kita dalam melaksanakannya adalah tanda betapa kasihnya pula kita kepada Rasulullah s.a.w.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Kesunyian Itu Tarbiyah Buat Diri...

Tiga Golongan Manusia