#TipsNakBerjayaDuniaAkhirat (study)

Bismillah.. Assalamualaikum w.b.t. semua..

Kali ni Fatin kongsikan tips-tips yang boleh diamalkan oleh sahabat-sahabat semua. In shaa Allah.. moga bermanfaat ^_^

Apa tips nak berjaya dunia akhirat yee???
Fatin tak nak fokus terlalu jauh. Untuk perkongsian kali ni, Fatin cuma kongsikan tips dalam menuntut ilmu dan bagaimana menjadi penuntut yang baik. Berbekalkan ilmu yang kita pelajari selama ni, semuanya akan jadi bekal buat kita untuk bercucuk tanam di sini dan menuai hasilnya di akhirat kelak kan. Mudah-mudahan segala usaha baik kita dalam menuntut ilmu dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Ameen..

Masa zaman diploma dulu dan sekarang pun, Fatin selalu amalkan:

  • nak study, ikut cara kita sendiri. kita je yang tahu bila masa diri kita mudah untuk terima apa yang dibaca dan bila masa otak kita blurrr dan susah untuk study. 
  • nak ikut cara kawan kita study, pun boleh sebenarnya. Takde masalah pun, asalkan kita boleh go on dengan cara dia dan semestinya tak membebankan kita saat study. Sometimes, kita akan jumpa kawan yang jenis suka tidur awal pada waktu malam dan bangun study awal pagi. Kita pulak jenis tak boleh bangun awal pagi, dan jenis suka study sampai lewat malam. So, kalau macam tu tak boleh la nak ikut cara kawan kita kan. Bagi Fatin sendiri, tak salah nak stay sampai lewat malam, tapi kita sendiri kena faham otak kita, badan kita pun ada limit jugak, tak boleh nak push & push, sampai satu tahap kita jadi blurrr dan apa yang kita baca tu memang susah nak masuk sebab otak dah penat sangat sebenarnya.. Kalau rasa dah penat tu, berhenti la dulu study. Rehat ataupun tidur sekejap. Lepas tu bangunlah semula study. 
  • doa dan solat hajat. Jangan sesekali tinggalkan. Mak ayah Fatin selalu pesan. Mintaklah dengan Allah s.w.t nak berjaya, dipermudahkan belajar dan dapat jawab exam dengan baik. Dengan siapa lagi kan kita nak bergantung harap selain dari Allah s.w.t. Kita ni jangan sombong sangat!
  • bila nak exam je, even sebelum masuk dewan exam, Fatin suka call mak ayah mintak restu dan doa mereka biar Fatin dipermudahkan untuk jawab exam. Sampai Fatin pun dah boleh hafal dah dialog yang asyik duk ulang kat mak ayah. 
  • minta doa dari orang sekeliling kita. Contohnya, para pensyarah, sahabat-sahabat kita dan sesiapa sahaja yang kita kenal. Kalau rapat dengan mak cik yang selalu sapu sampah depan asrama pun, minta je doa dari dia. Tak salah pun minta mereka semua doakan. Mana tahu kan dalam ramai-ramai yang doakan kita tu, ada doa yang mustajab.
  • review semula paper exam yang lepas. 
  • cari tempat yang sesuai untuk study. Kalau Fatin, mesti study kat meja, kalau kat katil, jawabnya buka buku, 5 minit pastu tidur. Haha.. lagi satu carilah tempat yang menenangkan. Fatin suka tempat yang tak bising, macam perpustakaan. Walaupun ramai orang, tapi tak bising. Kalau boleh study atas katil, studylah. Mana-mana yang selesa dan boleh hadam apa yang dipelajari. Ok..
  • kenal pasti mana-mana senior yang dalam ranking 'Best Student'! haha.. ini bukan pilih kasih tau.. tapi, inilah salah satu teknik untuk dapatkan nasihat-nasihat yang bernas sepanjang study. Semestinya dyeorang pun ada rahsia-rahsia tersendiri yang boleh kita amalkan. Tak percaya? Hmm.. try la korek rahsia senior-senior awak tu. Fatin dah buat pun. Alhamdulillah.. berkat perkongsian dari senior-senior lah yang banyak bantu Fatin masa study dan juga masa exam. Nak skor exam pun jadi senang tau. 
Cerita 1:
Ada seorang senior pernah pesan, akak dulu tak minat pun kos yang akak ambil sekarang ni. Akak minat bidang lain. Tapi disebabkan mak akak yang suruh akak redah je. Kalau tak ikut, kecik hati pulak. Lagipun, mungkin mak akak lebih tahu apa yang terbaik untuk anak dia kan. Mula-mula tu memberontak jugak sampai akak pernah terdengar perbualan mak ayah akak. Mak akak sedih tengok akak, memberontak, study pun gitu-gitu je, result exam pun tak ok. Mak salahkan diri dia. Lepas dengar perbualan dyeorang, akak menangis. Akak salahkan diri akak sendiri. Tak sepatutnya akak buat mak ayah camtu. Dyeorang tak salah pun. Akak je yang keras hati, susah nak terima. Lepas tu, akak berubah dik. Akak berubah sebab mak ayah dan akak cuba berlapang dada dengan apa yang Allah berikan pada akak. Akak belajar macam biasa, cuma.. kali ni akak rasa lebih mudah nak belajar dan setiap kali exam akak dapat result yang cemerlang. Akak pun pelik sebab ini kos yang akak tak minat pada awalnya tapi boleh skor. Akak tanamkan hasrat baru. Akak nak bahagiakan dulu mak ayah, berikan apa yang mereka mahu. Kemudian, kalau Allah masih berikan akak kesempatan untuk belajar, akak akan belajar bidang yang akak minat pulak.

Cerita 2:
Ini pun pesan dari senior. Lebih kurang macam cerita kat atas. Kakak tu pesan, dalam semua gerak kerja kita, lagi-lagi bila sedang menuntut ilmu, belajar.. selalu jaga hubungan dengan mak ayah. Jangan kecilkan hati dyeorang. Cari keberkatan mereka. Biar mereka reda akan semua perbuatan kita. Barulah senang hidup kita. Akak dulu ada kawan. Dia malas sikit nak belajar. Enjoy je kerja dia. Last-last akak kata kat dia, kalau nak berkawan dengan akak, kena rajin belajar. Akak taknak kawan dengan orang yang malas berusaha. Saja cari susah. Akak cakap direct je tak berlapik dah. Susah sangat kan. Nasihat taknak dengar. Alhamdulillah.. lepas tu dia berubah sedikit demi sedikit. Kami usaha sama-sama. Sebab tu, dalam belajar ni pun, penting kita pilih kawan yang boleh mendorong kita ke arah kejayaan. Bukan sekadar berkawan. Kita berkawan biar ada sesuatu yang kita dapat. Kalau dia baik akhlaknya, kita contohi akhlak dia. Kalau dia bijak, biar dia ajarkan kita, kongsi ilmu yang ada. Awak percayalah cakap akak. Cuba buat apa yang akak buat ni. jaga hubungan dengan mak ayah, pastu cari kawan yang boleh sama-sama bimbing. In shaa Allah.. dipermudahkan semuanya.

Cerita 3:
Ini cerita Fatin sendiri. Jangan pernah takut untuk berkongsi ilmu. Macam Fatin, Fatin suka study group. Tapi sebelum study ramai-ramai, Fatin akan pastikan diri sendiri dah faham bab ataupun tajuk yang nak dibincangkan. Baru boleh bincang dan kongsikan dengan yang lain. Kalau tak baca apa-apa, dan terus join study group, dengar je penjelasan dari orang lain, Fatin tak boleh. Susah sikit nak hadam.. Itu Fatinlah, tapi Fatin tahu ada sahabat-sahabat di luar sana yang boleh study ramai-ramai walaupun dia tak buat revision. Dia lebih mudah menerima dengan mendengar. Kita punya cara yang berbeza untuk belajar. Manfaatkan kesemuanya.

Pernah terjadi satu peristiwa. Malam sebelum exam. Esoknya exam paper English. So malam tu kami study  soalan-soalan exam yang lepas. Seronok study ramai-ramai sebab sampai satu masa untuk satu soalan je, macam-macam jawapan timbul. Semua bagi 'fatwa' masing-masing. Haha.. riuh-rendah surau sakan dibuatnya. Alhamdulillah.. orang tua pun selalu pesan kalau kita berkongsi in shaa Allah apa yang kita kongsikan tu akan lebih berkat. Keesokannya, masuk je dewan exam, kebetulan seat kami dekat-dekat. So bila buka paper exam, semua terkejut. Pastu, berlakulah adegan aku tengok kau, kau tengok aku. Semua tersenyum. Soalan exam yang kami jawab malam tu, soalan itu jugak yang ada dalam paper exam yang kami pegang tu. Subhanallah.. bayangkan. Allah memang bantu kami masa tu. Cuma kedudukan soalan je yang berubah. Soalannya totally sama. Bahagia betul jawab soalan, sambil jawab sambil tersenyum sebab terbayangkan adegan-adegan yang berlaku masa review soalan tu dengan kawan-kawan. Papa pun selalu pesan, soalan exam tak lari jauh biasanya. Tengok semula paper-paper yang lepas. Study semula soalannya. Kalau lari pun, itu sebab pensyarah bagi subjek tu dah ditukarkan. Hehe.. petua dari orang lama.

Inilah jadinya bila anak sambung belajar dan ayah pun sambung belajar jugak. Seronok. ^^

 Fatin cadangkan buat sahabat-sahabat tersayang, dapatkan buku 
"Aku Budak Dekan".
Buku yang sangat baik untuk mahasiswa/wi, 
sarat dengan tips-tips yang berguna 
sebagai bekalan di medan perjuangan ilmu. In shaa Allah..
4 penulis kesemuanya, kita amik aura positif mereka..

Buku terbitan Humaira Publication, harga RM 25 sahaja.

Alhamdulillah..
Itu sedikit sebanyak apa yang Fatin boleh kongsikan dengan sahabat-sahabat semua. Moga bermanfaat yee..
Terima kasih kerana sudi baca.
Senang-senang commentlah. Kongsikan pengalaman kalian pulak ^^
Bye.. Bye..

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..